Friday, February 09, 2018

5 Haiwan Yang Dipercayai Boleh Melihat Hantu


Bukan hanya manusia 'bertuah' sahaja dapat merasakan kehadiran makhluk ghaib, ada juga sesetengah haiwan yang dipercayai memiliki kemampuan untuk merasakan kehadiran 'hantu' di sekitarnya.

Haiwan Yang Boleh Melihat Hantu

Haiwan-haiwan ini juga akan berkelakuan pelik ketika merasakan kehadiran makhluk ghaib, sebagai petunjuk untuk manusia.

Berikut adalah lima haiwan yang dipercayai boleh melihat serta merasakan kehadiran makhluk ghaib menurut kepercayaan sesetengah masyarakat.

1. Kucing

Haiwan peliharaan manusia ini merupakan salah satu binatang yang boleh melihat serta merasakan kehadiran makhluk ghaib di sekitarnya.

Haiwan yang paling digemari kebanyakan orang ini akan berkelakuan pelik ketika melihat makhluk ghaib, seperti menerkam tanpa sebab, serta merenung ke sesuatu tempat dalam tempoh yang sangat lama.

2. Anjing

Selain kucing, anjing juga dipercayai dapat melihat serta merasakan kehadiran makhluk ghaib di sekitarnya.

Pada waktu malam, anjing akan menyalak tanpa sebab saat melihat makhluk ghaib.

3. Ayam jantan

Ayam jantan juga merupakan haiwan yang boleh melihat serta merasakan kehadiran makhluk ghaib di sekitarnya.

Meskipun ayam merupakan haiwan buta pada waktu malam hari tetapi, jika ada makhluk ghaib disekitarnya, ayam dapat merasakannya.

Biasanya, jika ayam berkokok di tengah malam, itu bererti ia merasakan kehadiran makhluk ghaib di sekitarnya.

4. Cicak

Haiwan kecil yang selalu ada di dalam rumah ini dipercayai juga dapat merasakan kehadiran makhluk ghaib disekitarnya.

Jika cicak tiba-tiba saja berbunyi, itu bererti cicak sedang melihat makhluk ghaib di sekitar ruangan atau rumah tersebut.

5. Burung gagak

Burung gagak seringkali di percayai sebagai tanda kematian seseorang manakala di Eropah, mereka percaya burung gagak boleh melihat makhluk ghaib disekitarnya.

Masyarakat Eropah percaya bahawa jika burung gagak mengeluarkan bunyi-bunyi pelik, itu bererti ia sedang melihat makhluk ghaib disekitarnya.

p/s: Ini hanyalah kepercayaan sesetengah masyarakat sahaja dan masih menjadi misteri samada benar atau tidak, jadi anda boleh memilih untuk percaya atau tidak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 27 Jenis Hantu Dalam Masyarakat Di Malaysia

sumber: shainginfoz

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon