Wednesday, February 14, 2018

Fakta Menarik Tentang Pendengar Radio Di Malaysia


Di sebalik ramai yang suka mendengar lagu khususnya di radio, sebanyak 14 peratus rakyat Malaysia kurang menggemari “chit chat” penyampai radio yang terlalu banyak berkata-kata.

Fakta Menarik Pendengar Radio Di Malaysia

Kaji Selidik Pengguna Radio 2017 yang dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi tahun 2017 lalu mendapati 75 peratus rakyat Malaysia merupakan pendengar radio.

57.2 peratus berusia dalam lingkungan 20-39 tahun dan sebanyak 85.3 peratus menghabiskan masa sekurang-kurangnya 4 jam sehari untuk mendengar radio dalam kehidupan mereka.

Waktu puncak rakyat Malaysia mendengar radio pada waktu pagi antara 6-10 pagi iaitu sebanyak 63.1 peratus melakukannya jam itu manakala baklinya 39.3 peratus mendengar radio di antara jam 4 hingga 7 malam.

Apa yang mengujakan sebanyak 95.8 peratus berpuas hati dengan isi kandungan radio yang adalah dalam negara ini.

Tahu tak di mana paling ramai pengguna mendengar radio?

Jawapanya adalah di dalam kereta iaitu sebanyak 76.3 peratus. Mungkin faktor kesesakan jalan raya adalah waktu terbaik untuk merehatkan minda dan berhibur hari mendengar pelbagai genre lagu dalam dan luar negara.

Pilihan lain pengguna mendengar radio pula adalah di rumah iaitu sebanyak 50.8 peratus.

Tempat kerja adalah pilihan ketiga iaitu sebanyak 19.0 peratus diikuti tempat awam iaitu sebanyak 17.0 peratus dan akhir sekali dalam pengakutan awam iaitu sebanyak 13.0 peratus.

Dalam ramai meminati dan suka mendengar radio, sebanyak 25.0 peratus rakyat di negara ini tidak berapa menyukainya, dalam erti kata lain bukanlah penggemar radio.

Alasan diberikan ialah mereka lebih suka mendapatkan maklumat dari sumber yang lain (bukan radio) iaitu sebanyak 32.5 peratus. Tiada radio set (30.6 peratus).

Sebanyak 24.7 peratus lebih suka muat turun lagu sendiri.

17.9 peratus mengakui terlalu banyak iklan, peratus yang sama juga dalam kaji selidik pengguna 2017 berkata, isi kandungan kurang menarik selain 14 peratus berkata, terlalu banyak “chit chat” penyampai radio membuatkan mereka kurang menggemarinya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja

1 comment

  1. Masa waktu pagi memang selalu dengar radio. Harap banyak info dapat disampaikan pada waktu puncak .

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon