Wednesday, January 10, 2018

'Semuanya Adalah Rezeki Allah'


Pada suatu hari hujan turun dengan lebatnya, kelihatan seorang penjual rojak sedang berteduh disebuah stesen minyak sambil memerhatikan hujan yang turun.

'Semuanya Adalah Rezeki Allah'

Mulutnya tidak henti-henti mengukir senyuman sambil terkumat-kamit seperti sedang berkata sesuatu. Seorang lelaki yang juga pemilik stesen minyak itu lalu menghampiri penjual rojak sambil membawa segelas air panas.

"Waktu hujan begini memang susah nak berniagakan bang," tegurnya sambil menghulurkan air tadi.

"Terima kasih. Tidak mengapa. Hujan juga satu rezeki," balas penjual rojak sambil tersenyum.

"Kalau semua jualan tidak laku, habis macamana" soal pemilik stesen.

"Kalau tak habis, tembikai, mempelam dan jambu yang sudah dikupas terpaksalah diberikan kepada jiran. Kalau tidak pun, bagi haiwan makan.

"Mudah-mudahan ia menjadi rezeki sedekah saya," balas penjual rojak.

"Kalau hari ini hujan tidak berhenti, macamana?" soal lelaki itu lagi.

"Kalau tak berhenti tak mengapa. Mungkin rezeki saya hari ini adalah untuk berdoa.

"Bukankah ketika hujan adalah waktu yang mustajab untuk berdoa," kata penjual rojak itu lagi.

"Kalau rojak tak terjual pun, saya tidak pernah lagi tidak makan atau berlapar. Yang penting kita berusaha," ujar penjual rojak lagi.

Selepas hujan mulai reda, penjual rojak meminta diri untuk beredar.

Lelaki itu pula seolah-olah terkesima dengan jawapan yang diberikan oleh penjual rojak.

Sememangnya ramai dikalangan kita apabila mendapat sedikit ujian akan cepat merasa takut, tetapi penjual rojak sedikit pun tidak berasa gelisah dengan punca rezekinya.

Sesungguhnya, rezeki itu bukan sahaja harta, wang, anak atau benda berharga yang boleh dilihat dengan mata kasar malah, hidayah, dapat beribadat, bersyukur, bersabar juga adalah rezeki yang tidak ternilai diberikan oleh Allah SWT.

Jadi, kenapa kita perlu ragu dengan rezeki Allah?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 7 Zikir Sebagai Amalan Menjemput Rezeki Melimpah Ruah

-SENTIASAPANAS.COM

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon