Saturday, January 27, 2018

Penyanyi Rap 50 Cent Jutawan Bitcoin!


Pada tahun 2014, penyanyi rap terkenal, Curtis James Jackson III atau lebih dikenali sebagai 50 cent merupakan selebriti pertama yang menggunakan transaksi bitcoin untuk urusan jual beli albumnya yang bertajuk Animal Ambition.

Penyanyi Rap 50 Cent Jutawan Bitcoin!

Menerusi laporan portal antarabangsa, penjualan albumnya itu berjaya mengumpul 700 bitcoin yang ketika itu bernilai lebih AS$400,000.

Tahun berganti tahun, 50 cent membiarkan akaun bitcoinnya dan baru-baru ini, rapper terkenal itu menyedari yang dirinya kini jutawan bitcoin.

Nilai bitcoin ketika artikel ini ditulis adalah AS$11,436, berbanding pada tahun 2014 hanya AS$662 dengan 50 cent memiliki nilai Bitcoin berjumlah USD$7,991,000 (RM31,159,308).

Tidak hairanlah 50 cent boleh menjadi jutawan sekelip mata.

Yang menariknya, 50 cent sebenarnya terlupa tentang urusan jual beli menggunakan bitcoin itu. Nasib baik 50 cent masih mengingati kata laluannya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Bitcoin Faucet Percuma Untuk Pengumpul Cryptocurrency 2017

sumber: astroawani

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon