Sunday, January 28, 2018

Walaupun Isteri Suri Rumah, Jangan Layan Macam Orang Gaji!


Senyum dan simpati saya meneliti luahan rasa seorang wanita. Dia dan suami sama-sama bekerja, namun kerja rumah dia yang buat dari memasak, membasuh, menyediakan makan pakai, mengurus anak-anak. Suami tolong sikit-sikit sahaja.

Walaupun Isteri Suri Rumah, Jangan Layan Macam Orang Gaji!

Akhirnya dia jadi penat dan letih. Sampai tidak boleh sentiasa muka manis depan suami. Sampai dia biasa tinggikan suara pada suami. Letih, penat, tension atas alasan buat semua sebab wajib taat suami.

Pernah saya melihat seorang makcik yang kaya raya, suaminya memang sediakan semua untuknya dan dia tidak perlu bekerja.

Saya tengok dia iron baju, tiba-tiba dia kata pada saya, “Makcik ni dah macam hamba dalam rumah ni. Suami balik sekali sekala, sibuk dengan kerja tak habis-habis.”

Kerana itu bila bercakap tentang soal tanggungjawab isteri dan tanggungjawab seorang ibu, kita kena faham sebelum bercakap.

Kita kena belajar sebelum melalui. Bukan ikut-ikut rumahtangga orang lain. Suami kena faham agama dan faham apa yang Nabi ajar.

Isteri kena faham agama dan faham apa yang Nabi ajar. Bukan ikut budaya. isteri buat kerja bagai nak rak, suami duduk relax. Atau isteri buat banyak sangat kerja, suami tolong sikit-sikit. Allahhu Akbar!

Lepas tu masam muka pada suami yang hakikatnya Nabi dah cakap orang yang masam muka pada suami ini, Allah melaknat dia sampai dia berbaik dengan suaminya kembali.

Sebab itu perempuan yang baik ialah wanita yang bila suaminya memandangnya, suami dia akan rasa senang dan bahagia.

Tapi bagaimana nak muka manis kalau bahu asyik terbeban kerja rumah dan urus anak tidak pernah habis?

Wajib bagi wanita bercantik-cantik untuk suami, menyayanginya sepenuh hati, berlemah lembut padanya, tidak meninggikan suara, setia dan taat selagi tidak melanggar perintah Allah, berkata baik padanya dan sentiasa bersyukur dan bermanis muka.

Berapa ramai wanita buat kerja rumah macam nak mati, tapi muka amat susah nak manis dengan suami, tengking-teking suami, susah nak senyum dengan suami, ada pula mood-mood hari ini nak bercakap, esok nak diam. Ada pula bertekak pasal kerja rumah tak habis-habis.

Jangan ikut budaya. Ikut apa yang nabi ajar

Saya berforum dengan penceramah dan pakar kaunseling rumah tangga terkenal, orang datang padanya untuk cari jodoh, orang datang padanya juga untuk bercerai.

Namanya Tuan Hj Hussim, sahabat baik Dato Fadzilah Kamsah. Lebih kurang seusia beliau. Dia mengaku sangat bahagia bersama isterinya.

Katanya, "Saya bangga nak bagi tahu semua, dulu waktu anak-anak kecik, sayalah tukang cuci punggung anak-anak, salin lampin, sampai anak pancut kat muka, sayalah tukang basuh baju lampin semua. Itu kerja saya."

Isteri saya kata, "Abang, malam-malam abang ambik alih buat kerja tu semua ok. Kita sama-sama kerja. Saya nak bagitahu dalam rumahtangga, suami kena rajin. Tak boleh malas."

Bila dah senang, baru saya cari pembantu kat isteri saya. Tapi saya bangga nak bagi tahu itu yang saya buat dalam rumhatangga selama ini. Jemur baju kat luar, jiran sebelah tegur. Semua tu kerja saya dan saya tak malu mengaku.”

Berforum pula saya dengan Ustaz Nizam Kadir, Tanyalah Ustaz TV9, yang katanya, suami kena rajin, sampai siapkan makan untuk isteri sampai isteri boleh makan, siapkan pakai sampai suami tolong iron baju isteri, siapkan rumah sampai suami yang jaga kebersihan rumah, mengemas semua suami.

Habis isteri? Isteri sediakan diri untuk suami, bercantik-cantik, picit-picit suami, bermuka manis.

Kalau isteri buat kerja rumah, isteri dapat pahala. Sebab tu kalau sama-sama kerja, sama-sama buat, tapi suami kena lebih sebab tu memang tanggungjawab suami.

Isteri kalau buat lebih, suami jangan lepas tangan pula, kena ada belas kasihan sebab ni bukan tugas isteri.

Tapi hari ini perempuan buat kerja sampai tak ada masa rehat langsung, Mana tak tarik muka, mana muka tak nampak penat. Mana tak komplen suami. Macam mana nak bahagia rumahtangga.

Kita hari ini nampak suami buat lebih sikit, kita kata isteri dia queen control. Padahal itu yang Islam suruh.

Orang perempuan buatlah kerja macam-macam, dalam hati dok menyumpah seranah, dalam hati dok kata nak redho tapi tak ikhlas-ikhlas juga, sia-sia saja. Akhirnya penat dapat, dosa pun dapat.

Memetik artikel Ustaz Zahazan Mohamad

Menurut pendapat masyhur kalangan EMPAT MAZHAB, seorang isteri tidak diwajibkan melayani suaminya iaitu menyediakan makan, mencuci pakaian dan seumpamanya.

Seandainya isteri melakukannya, ia hanyalah sebagai kesopanan atau akhlak mulia terhadap suami, bukan kerana kewajipannya.

Oleh itu, jika suami menuntut isterinya atas masalah ini ke pengadilan syariah, maka tetap isteri tidak boleh dipaksa (tidak diwajibkan) melayani suaminya.

Maka, sangatlah adil kalau suami bekerja, memeras keringat untuk menanggung kehidupan keluarganya. Sedangkan isteri bekerja di rumah melayani kepentingan keluarga.

Jika isteri bekerja di luar rumah (sama-sama mencari nafkah), maka sudah seharusnya suaminya turut membantu menyelesaikan pekerjaan di rumah. Apalagi jika mereka mempunyai anak yang masih kecil.

Rumahtangga masing-masing, masing-masing uruskan. Jangan kita menjadi orang yang memecah-belahkan rumahtangga orang lain kerana orang yang memutuskan silaturahim tidak akan cium bau syurga kata Nabi.

Jangan kita memandai-mandai menilai mengikut mata kasar kita sedangkan kita tidak belajar dan tidak ada ilmu. Ikutlah acuan yang Nabi ajarkan.

Saidatina Fatimah sampai kasar tangannya mengisar gandum, kerana Saidina Ali bekerja di luar rumah. Maka Fatimah menjaga di dalam rumah.

Namun, Saidina Ali yang bekerja luar rumah juga turut mengadu sakit dadanya yang amat sangat, kerana dialah tukang angkat air untuk keperluan keluarganya dan dialah juga yang turut sama membuat kerja-kerja rumah kerana dia tahu itu kerjanya.

Saidatina Aisyah melaporkan Nabi ketika di rumahnya, bagindalah yang paling banyak senyum pada isterinya, yang paling banyak khidmat dan buat kerja rumah untuk isterinya.

Menjadi wanita tidak penat jika suami faham tanggungjawab. Menjadi suami tidak penat, bilamana semua beban kerja hilang dengan melihat senyuman, kecantikan dan kasih sayang seorang isteri.

Sama-sama bantu membantu.
Sama-sama memuliakan antara satu sama lain.
Semoga Allah ampunkan kita semua.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Sebenarnya Isteri Mahu Dari Suami?

sumber: ohmymedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon