Monday, January 08, 2018

Dadah 'Alzheimer' Mampu Menumbuhkan Gigi Baru!


Menurut kajian yang dilakukan oleh portal NewsWeek, rata-rata sebanyak 86 peratus orang dewasa berusia antara 20 hingga 39 tahun mempunyai masalah kerosakan gigi justeru, pihak saintis telah berusaha keras dan akhirnya menemui satu kaedah baharu untuk merawat masalah itu dengan hanya menggunakan ubat yang digunakan oleh pesakit Alzheimer.

Dadah 'Alzheimer' Mampu Menumbuhkan Gigi Baru!

Selalunya doktor gigi akan menampal ruangan lubang di gigi pesakit dengan menggunakan simen yang berasaskan silikon sebagai cara membersihkan bahagian yang rosak itu lalu digerudi untuk menempatkan tampalan tersebut.

Namun, lama-kelamaan tampalan itu akan terhakis apabila pesakit sering makan makanan keras ataupun kenyal malah akan meningkatkan lagi risiko serta jangkitan dan akhirnya gigi tersebut akan kembali rosak.

Pakar saintis telah membuat kajian lalu mereka telah menemui ubat yang dipanggil Tideglusib.

Ubat tersebut sememangnya digunakna untuk pesakit Alzheimer dan ia turut digunakan untuk membaiki pertumbuhan gigi semula selain membaiki rongga yang rosak.

Dadah 'Alzheimer' Mampu Menumbuhkan Gigi Baru!

Setiap gigi terdiri daripada dua jenis galian yang berlainan. Lapisan luar adalah lapisan yang nipis dan dikenali sebagai enamel yang akan melindungi gigi.

Manakala di bawah enamel, terdapat lapisan tebal dipanggil dentine dan ia akan melindungi tisu lembut atau dikenali sebagai pulpa di bahagian bawah.

Jadi, Tideglusib berfungsi untuk merangsang sel stem pada pulpa gigi dan sebagai sumber dentine yang baharu.

Dentine juga merupakan bahan mineral yang terdapat di bawah enamel gigi dan ianya boleh dimakan oleh kerosakan gigi.

Dadah 'Alzheimer' Mampu Menumbuhkan Gigi Baru!

Cara rawatan itu ialah dengan memasukkan satu span kecil biodegradable (tidak mempunyai toxik) yang diperbuat daripada kolagen dan telah direndam di dalam Tideglusib ke dalam rongga.

Pertumbuhan dentin akan memakan masa selama enam minggu dan kerosakan itu telah dapat diperbaiki apabila struktur daripada kolagen dari span itu cair, ianya akan membuat gigi kuat.


Bagaimanapun, setakat ini prosedur tersebut hanya digunakan pada gigi tikus.

“Kami menggunakan ubat yang telah diuji dalam ujian klinikal untuk pesakit Alzheimer dan ia membuktikan peluang nyata bahawa rawatan pergigian ini berjaya,” kata profesor merangkap pengarang utama King’s College London Dental Institute, Paul Sharpe dipetik daripada portal WeForum.

Dadah 'Alzheimer' Mampu Menumbuhkan Gigi Baru!

Dalam masa sama ianya merupakan satu kemudahan ideal untuk digunakan sebagai produk pergiginn klinikal bagi rawatan semula jadi rongga besar dengan menyediakan perlindungan untuk pulpa serta pemulihan dentin.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon