Friday, December 22, 2017

Tisu Panda Poo Paling Mahal Di Dunia Dibuat Daripada Tahi!


Apa perasaan anda jika tisu yang anda sedang gunakan itu diperbuat daripada najis panda? Jijik atau unik? Di China, terdapat tisu yang diperbuat daripada najis panda telah dijual dengan harga 43 yuan (RM26.46) sekotak dikenali sebagai Panda Poo.

Tisu Panda Poo Paling Mahal Di Dunia Dibuat Daripada Tahi!

Kebiasaannya tisu poket yang dijual hanya berharga 30 sen sahaja, tapi harga tisu Panda Poo ini mencecah 10 kali ganda daripada biasa!

Tisu yang diproses daripada najis panda itu juga turut menggunakan lebihan buluh yang telah dikumpul dari tiga pusat pemeliharaan panda di Sichuan, China.

Lapor akhbar Sinar Harian, memberitahu bahawa menurut SCMP, Pusat Penyelidikan dan Pemeliharaan Panda Gergasi serta syarikat tisu Sinchuan Jianwei Fengsheng telah bekerjasama bagi mengeluarkan produk berkenaan.

Oleh kerana proses penghasilan yang agak rumit, mereka terpaksa menjual tisu tersebut dengan harga yang tinggi.

Selain itu, proses berkenaan juga memerlukan bahan-bahannya dikenakan suhu yang tinggi untuk dihasilkan.

“Kami pastikan tisu-tisu berkenaan mencapai piawaian antarabangsa, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah,” kata Pengurus Sichuan Jianwei Fengsheng, Zhou Chuanping.

Seorang penyelidik yang bernama Huang Yan berkata, seekor panda gergasi mampu menghasilkan lebih 10 kilogram najis setiap hari.

Setiap pusat panda dapat memelihara lebih daripada 300 ekor panda di Wolong, Bifengxia dan Dujiangyan.

Najis panda juga kaya dengan serat serta telah digunakan sebagai baja di ladang-ladang teh dekat Sinchuan.

Ladang-ladang teh berkenaan telah bertanggungjawab bagi menghasilkan Teh Panda yang mana merupakan salah satu jenama teh yang termahal di dunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Pakar Akui Lap Najis Guna Tisu Tandas Tidak Bersih

sumber: mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon