Friday, December 08, 2017

'Sumpah Pocong' Adat Membuktikan Suatu Tuduhan Di Indonesia


Sumpah pocong adalah sumpah yang dilakukan oleh seseorang dalam keadaan dibalut kain kafan seperti orang yang telah meninggal (pocong).

'Sumpah Pocong' Adat Membuktikan Suatu Tuduhan Di Indonesia

Sumpah Pocong jarang dipraktikkan dan jika dibuat, akan dilalukan dengan tata cara yang berbeza, misalnya pelaku sumpah tidak dipocongi tetapi hanya dikerudungi kain kafan dengan posisi duduk.

Sumpah pocong biasanya dilakukan oleh orang agama Islam yang dilengkapi saksi dan dilakukan di rumah ibadah (masjid).

Di dalam hukum Islam sebenarnya tidak ada sumpah dengan mengenakan kain kafan seperti ini. Sumpah ini merupakan tradisi lokal yang masih kental menerapkan norma-norma adat.

Sumpah ini dilakukan untuk membuktikan suatu tuduhan atau kejadian yang kekurangan atau tiada bukti sama sekali.

Tujuannya adalah, apabila keterangan atau janjinya tidak benar, yang bersumpah diyakini mendapat hukuman atau laknat dari Tuhan.

Di dalam sistem pengadilan Indonesia, sumpah ini dikenali sebagai 'sumpah mimbar' dan merupakan salah satu pembuktian yang dijalankan oleh pengadilan dalam memeriksa perkara-perkara perdata, walaupun bentuk sumpah pocong sendiri tidak diatur dalam peraturan Hukum Perdata dan Hukum Acara Perdata.

Sumpah mimbar lahir kerana adanya perselisihan antara seseorang yang menuduh melawan orang lain sebagai tertuduh, biasanya berupa perebutan harta warisan, hak-hak tanah, hutang-piutang dan sebagainya.

Sumpah Pocong

Sumpah Pocong ada dua macam, iaitu Sumpah Suppletoir dan Sumpah Decisoir.

Sumpah Supletoir atau sumpah tambahan dilakukan apabila sudah ada bukti tetapi belum mampu meyakinkan hakim, lalu perlu ditambah sumpah.

Dalam keadaan tanpa bukti sama sekali, hakim akan memberikan sumpah decisoir atau sumpah pemutus yang sifatnya tuntas, menyelesaikan perkara.

Dengan menggunakan alat sumpah decisoir, keputusan hakim akan semata-mata bergantung kepada isi sumpah dan keberanian pengucap sumpah.

Agar memperoleh kebenaran yang hakiki, semata-mata berdasarkan pada bunyi sumpah, maka sumpah itu dikaitkan dengan sumpah pocong.

Sumpah pocong dilakukan untuk memberikan sokongan psikologi pada pengucap sumpah untuk tidak berdusta.

Sumpah Mimbar

Berkaitan dengan Tuhan Yang Maha Esa maka sumpahnya pun disebut sumpah mimbar, ertinya, pihak yang dibebani sumpah akan dibawa ke atas mimbar masjid.

Setelah ditetapkan hari untuk bersumpah, pelaku akan dibawa ke depan mimbar yang perlu dipeluk olehnya.

Setelah bersuci, di atas mimbar dia akan diupacarakan seperti orang meninggal, diiringi doa-doa., dihadapan seorang kiyai dan dikelilingi saksi, lalu mengucapkan sumpah yang ucapannya membenarkan sangkalannya.

Usai upacara, akan dibuat pemberitahuan oleh pihak yang menjadi saksi, menjelaskan tentang pelaksanaan sumpah.

Dengan pembuktian menggunakan sumpah mimbar maka yang berani mengucapkan sumpah adalah dipihak yang benar.

Sumpah Pocong kerana berebut lembu

'Sumpah Pocong' Adat Membuktikan Suatu Tuduhan Di Indonesia

Gara-gara seekor lembu, dua penduduk daerah Jeneponto, Sulawesi Selatan, Indonesia, terpaksa melakukan sumpah pocong.

Haiwan tersebut ditemui berkeliaran di kawasan sawah Dusun Parangbaji, Desa Camba-camba, Kecamatan Kelara yang kemudiannya dibawa ke balai polis Sektor Kelara.

Beberapa hari selepas itu, Johari dan Juddin dari Mapolsek Kelara datang ke balai terbabit dan mendakwa diri masing-masing pemilik lembu terbabit.

Berikutan gagal menemui jalan penyelesaian, kedua-duanya bersetuju melakukan sumpah pocong yang dipimpin Abdul Kadir Tompo dimulakan dengan sumpah perempuan, Johari, 40, penduduk Dusun Bontotene, Desa Pallantikang, Kecamatan Arungkeke yang dibungkus dengan kain kafan.

Sumpah sama turut dilakukan Juddin, 29, penduduk Lingkungan Saroppo, Kelurahan Tolo Selatan, Kecamatan Kelara.

"Kedua-duanya enggan mengalah dan gagal mengemukakan bukti hingga memaksa sumpah pocong dilakukan," kata Abdul Kadir.

Menurut penduduk setempat, sumpah pocong itu adalah pertama kali dilakukan.

"Seumur hidup saya, ini adalah kali pertama saya melihat sumpah pocong. Sebelum ini, saya hanya melihatnya di televisyen," kata seorang penduduk, Hadariah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Balasan Baik Untuk Insan Jujur

sumber: wikipedia | sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon