Sep 23, 2015

Balasan Baik Untuk Insan Jujur

Sebuah kisah yang asalnya dikongsikan oleh saudara Rahman Ariffin menerusi pautan gambar di Facebooknya amat menarik perhatian.

Balasan Baik Untuk Insan Jujur [2]

Ceritanya begini, baru-baru ini kereta yang dipandu beliau sewaktu hendak mengundur secara tidak sengaja telah terlanggar bumper kereta Myvi Putih seperti mana gambar yang dikongsikan.

Disebabkan nilai jujur dan tanggungjawabnya, beliau telah menunggu pemilik kereta terbabit untuk memberikan penjelasan, namun setelah beberapa ketika, pemilik kereta tersebut masih tidak muncul.

Maka beliau meletakkan nombor telefonnya di wiper kereta berkenaan agar pemilik dapat menghubunginya bagi urusan ganti rugi.

Keesokkannya, apa yang berlaku selepas pemilik kereta berkenaan ketika menghubunginya pasti membuatkan anda berasa terharu.

Jom ikuti kisah selanjutnya.

Balasan Baik Untuk Insan Jujur

Dua minggu lepas, hari khamis, saya undur kereta dengan cuai dan terhantuk Myvi warna putih; kemek bumper depan dan grill.

Tunggu lebih kurang 15 minit, tak nampak sesiapa datang. Saya pun tulis satu nota ringkas, selit kat wiper.

Hari Sabtu Encik Myvi Putih telefon. Dia tinggal di area Jinjang. Saya mintak maaf kerana rosakkan kereta dia: Takpa, encik repair kereta tu, saya bayar kos.

Hari Rabu Encik Myvi Putih talipon lagi. Kereta dah repair, sikit je, kena 150. Saya kata ok, saya bayar, kita jumpa atau saya bank-in.

Encik Myvi Putih kata, macam ni, dari 150 tu, encik masukkan 50 dalam tabung surau atau masjid atau sedekah sama orang susah. Baki 100 tu, saya halalkan dunia akhirat.

Didoakan agar Allah sentiasa jaga, berkati dan rahmati Encik Myvi Putih dan keluarga beliau, dimurahkan rezeki, bahagia dunia akhirat, sentiasa dipermudah segala urusan.

BACA INI JUGA: Akhlak Yang Baik Berat Pada Timbangan

Sumber: Mynewshub

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

kalau saya pun rasa terharu kena infor seperti ini. Serba salah pun ada. Jika sudah hubung berbincang baru rasa puas hati. Baik tul En Myvi tu

Terharu saya di buatnya,.baik sungguh hati owner myvi tu kan Sp,Semoga Beliau Di Rahmati Dan Di Berkati,InshaAllah,.Ameen,.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon