Thursday, December 28, 2017

Tahukah Anda Siapa Pencipta Kaca Yang Tidak Pecah?

Loading...

Suatu hari dalam tahun 1930, seorang saintis Perancis, Eduoard Benedictus, sedang menjalankan suatu eksperimen. Ketika dia bergerak ke arah lain, secara tidak sengaja dia terlanggar rak sehingga menjatuhkan sebuah kelalang kaca ke lantai.

Tahukah Anda Siapa Pencipta Kaca Yang Tidak Pecah?

Dengan rasa kecewa dia tunduk untuk mengambil kelalang yang jatuh tadi dan disangkanya sudah pecah.

"Eh, tiada serpihan? Kelalang ini tidak berderai?" soalnya apabila mengambil kelalang tersebut.

Kelalang kaca tadi hanya mengalami keretakan tetapi tidak hancur berderai. Entah bagaimana, serpihan itu masih melekat antara satu sama lain.

Tanpa berlengah, dia meninggalkan eksperimennya yang asal dan mengikut haluan baru ini.

Beliau terpegun dengan cara ganjil kelalang tersebut bertindak balas.

Dia kemudiannya memeriksa isi kandungan kelalang tadi. Di dalamnya terisi cecair seluloid (cecair yang diperbuat daripada selulosa nitrat di campur kapur barus) yang telah tersejat.

Beliau menemui sesuatu. Rupanya cecair seluloid inilah yang telah bertindak balas.

Apabila cecair ini mengering, ia meninggalkan satu filem nipis atau plastik nipis di dalamnya dan selaput inilah yang menahan kelalang tadi tidak berderai.

Walau bagaimanapun, Edouard tidak menyedari pentingnya penemuan ini sehinggalah berlaku satu peristiwa secara kebetulan.

Tahukah Anda Siapa Pencipta Kaca Yang Tidak Pecah?
Edouard Benedictus.

Beberapa minggu kemudian, beliau terbaca di dalam akhbar tentang seorang kanak-kanak perempuan yang cedera akibat terpotong cermin dalam satu kemalangan kereta.

Kejadian itu membuatkan dia tersedar bahawa pengalamannya dengan kelalang yang tidak pecah boleh membawa manfaat yang sangat besar.

Beberapa kajian dijalankan dan akhirnya Edouard berjaya membina kaca keselamatan, sejenis gelas yang retak tetapi tidak berderai. Ia tetap melekat dan selamat walaupun diketuk dengan penukul.

Hasil penemuan ini, beliau berjaya menyelamatkan banyak nyawa dan dikomersialkan.

Kini, ia digunakan untuk pelbagai perkara, cermin kereta, tingkap, pintu serta dinding bangunan dan banyak lagi.

Terima kasih Edouard Benedictus!

BACA INI JUGA: Asal-usul Penemuan Dan Penciptaan Cermin Mata

-SENTIASAPANAS.COM

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

1 comments so far

Menarik.. kadang2 penemuan hebat itu ditemui secara tidak sengaja

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon