Tuesday, December 05, 2017

Lelaki Lumpuh Separuh Badan Selepas Ketagih Main Game Smartphone!


Ramai dikalangan kita asyik ‘melekat’ dengan telefon bimbit malah ramai yang menghabiskan berjam-jam lamanya menatap telefon semata-mata untuk bermain permainan digital yang dimuat naik.

Lumpuh selepas ketagih main game

Namun, tahukah anda bahawa perkara-perkara tersebut mampu menjejaskan kesihatan pengguna telefon bimbit sendiri?

Baru-baru ini, seorang lelaki di China yang dikenali dengan nama Wang telah dimasukkan ke sebuah hospital kerana lumpuh dan dikatakan berpunca daripada bahagian lehernya.

Menurut portal Sohu, lelaki 40 tahun itu sering bermain permainan digital di telefonnya sehingga dua ke tiga jam lamanya.

Khabarnya, bermain telefon sambil baring merupakan kebiasaan buat lelaki yang berasal dari Chengdu itu untuk melepaskan lelah setelah habis waktu bekerja.

“Sibuk sepanjang hari dan hanya dapat berehat sejam atau dua jam pada tengah hari. Pada waktu malam, saya akan berehat sambil memegang telefon bimbit dua ke tiga jam,” katanya dipetik portal itu.

Malangnya, perkara tersebut telah mengakibatkan badannya dari bahagian perut ke bawah tidak dapat digerakkan.

Menurut doktor yang merawatnya, Wang mengalami cervical spondylosis (sakit tulang leher) yang turut menjejaskan tulang belakangnya.

Tambahnya lagi, pekerjaan Wang sebagai seorang pengusaha restoran mi memburukkan lagi keadaan kesihatannya.

Ini kerana tuntutan kerjanya memaksa Wang untuk berdiri dengan lama dan pada masa yang sama menundukkan kepala dan membengkokkan leher.

Menurut laporan portal itu lagi, Wang telah menangguhkan temu janji doktor sekaligus mengakibatkan dia lumpuh separuh badan dengan tiba-tiba.

Bagaimanapun, satu pembedahan kecemasan telah dijalankan dan dilaporkan keadaan Wang semaking pulih.

Namun, doktor tersebut tidak berani jamin jika Wang mampu pulih sepenuhnya akibat penyakit yang ditanggungnya itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Wanita Buta Selepas Main Game Di Smartphone Tanpa Henti!

sumber: mynewshub

1 comment

  1. panduan dan tel;adan remaja kena hati2 mujur baca..tu anak2 lelaki saya asyik main game ja SP..sda bagi infor pada anak sebelah ja ni main game dia

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon