Wednesday, October 11, 2017

Wanita Buta Selepas Main Game Di Smartphone Tanpa Henti!


Seorang wanita berusia 21 tahun dari Dongguan, China, buta sebelah mata selepas mengalami halangan arteri retina pada mata kanannya, akibat bermain permainan telefon pintar tanpa henti.

Buta

Wanita yang dikenali sebagai Wu itu menyedari dia tidak dapat melihat menggunakan mata kanannya sejak 1 Oktober 2017 lalu.

Pada mulanya dia menyangkakan keadaan tersebut disebabkan terlalu letih lalu mengambil keputusan untuk tidur.

Namun, dia masih buta pada mata kanannya selepas bangun pada keesokan harinya.

Dia mengetahui didiagnosis dengan keadaan serius yang dikenali sebagai halangan arteri retina apabila dibawa oleh ibu bapanya ke hospital untuk pemeriksaan.

Menurut doktor, keadaan itu biasanya berlaku pada pesakit warga emas, tetapi kes Wu mungkin disebabkan terlalu menumpukan pada skrin telefon pintar yang kecil.

Wu mengakui dia menghabiskan banyak masa bermain menggunakan telefon bimbitnya.

Pada hari biasa, dia boleh bermain tanpa henti sehingga tujuh atau lapan jam.

BACA INI JUGA: Cahaya Telefon Bimbit Boleh Menyebabkan Buta!

sumber: mstar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon