Saturday, December 23, 2017

Chateau Louis XIV Istana Paling Mahal Di Dunia Milik Putera Mahkota Arab Saudi


Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman yang melancarkan kempen antirasuah besar-besaran di Riyadh didakwa membeli istana termahal di dunia.

Chateau Louis XIV Istana Paling Mahal Di Dunia Milik Putera Mahkota Arab Saudi

The New York Times melaporkan hartanah mewah di barat Paris berkeluasan 23 hektar bernilai AS$300 juta (RM1.2 bilion) itu turut dilengkapi panggung wayang, hiasan dalaman dihiasi warna keemasan dan lukisan fresco pada siling, air pancut boleh dikawal melalui iPhone dan ruang air bawah tanah yang telus supaya para pengunjung dapat menikmati pemandangan kolam ikan koi.

"Penasihat keluarga diraja Saudi telah mengesahkan Mohammed sebagai pemilik Chateau Louis XIV tersebut selepas ia dijual kepada pembeli misteri pada 2015," menurut laporan The Times.

Difahamkan, pegawai kerajaan enggan beri sebarang ulasan tentang perkara itu yang didedahkan laman penyiasat Perancis, Medipart, Julai 2017 lalu.

Dari bahagian luar, ia kelihatan seperti istana abad ke-17 yang terletak di Versailles, namun pengubahsuaian menjadi fasiliti moden dilakukan pemaju Saudi.

Mohammed yang disebut bakal menaiki takhta menggantikan bapanya, Salman Abdul Aziz.

Pemilik karya Da Vinci

Chateau Louis XIV Istana Paling Mahal Di Dunia Milik Putera Mahkota Arab Saudi

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman juga adalah pemilik sebenar lukisan yang dihasilkan Leonardo da Vinci pada harga mencecah AS$450 juta (RM1.8 bilion).

Karya pelukis terkemuka itu dibeli pada acara lelongan yang berlangsung November 2017, lapor The Wall Street Journal.

Putera yang dikenali dengan nama singkatannya MBS menggunakan orang tengah untuk memiliki hasil seni bertajuk Salvator Mundi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Sejarah Negara Arab Saudi Yang Ramai Tidak Pernah Tahu

sumber: sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon