Sunday, December 31, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (31 Disember)


Tanggal 31 Disember merupakan hari ke 365 (hari ke 366 dalam tahun lompat) dan juga hari terakhir dalam kalendar Gregory.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (31 Disember)
Taipei 101.

Hari ini juga merupakan sambutan Tahun Baru (kalendar Gregory) dan Hogmanay di Scotland.

Peristiwa

406 - Orang-orang Vandal, Alan dan Suebi menyeberangi Sungai Rhine dan memulakan serangan ke atas Gaul.

1600 - Syarikat Hindia Timur Inggeris ditubuhkan melalui Piagam Diraja Ratu Elizabeth I.

1857 - Ratu Victoria memilih Ottawa sebagai ibu negara koloni British Kanada.

1963 - Persekutuan Afrika Tengah runtuh secara rasmi, untuk akhirnya membentuk Zambia, Malawi dan Rhodesia beberapa tahun kemudian.

1972 - Pemain besbol Amerika Syarikat Roberto Clemente maut dalam kemalangan kapal terbang
semasa dalam perjalanan untuk menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa gempa bumi Nicaragua.

1999 - Presiden Rusia pertama yang dipilih secara demokrasi Boris Yeltsin meletakkan jawatan dan menamakan Vladimir Putin sebagai Pemangku.

2004 - Taipei 101 (gambar bunga api Tahun Baru 2008) setinggi 509 meter di Daerah Xinyi, Taipei, Taiwan, dibuka kepada awam sebagai pencakar langit tertinggi
di dunia.

2010 - Lima laluan baru Laluan Bawah Tanah Beijing dibuka, menambah 108 km kepada sistem alihan laju tersebut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (30 Disember)

sumber: wikipedia

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon