Thursday, December 28, 2017

Bekas Bintang Arsenal Emmanuel Eboue Kini Gelandangan!


Siapa sangka individu yang pernah bergelar bintang bola sepak terkemuka dalam Liga Perdana Inggeris bersama kelab terkemuka Arsenal suatu ketika dahulu kini hidup merempat.

Bekas Bintang Arsenal Emmanuel Eboue Kini Gelandangan!

Tentunya nama Emmanuel Eboue tidak asing dalam kalangan peminat bola sepak liga tersebut.

Dahulu namanya gah, gaya hidupnya juga sangat mewah seperti juga pemain-pemain bintang Liga Perdana Inggeris yang lain.

Berkereta mewah, mempunyai rakan dan peminat di seluruh dunia selain sosial di kelas atasan adalah sinonim dengan dirinya sepanjang tujuh tahun beraksi di pentas liga bola sepak paling elit di dunia itu.

Namun semua itu tinggal sejarah yang kian terpadam dari dirinya.

Eboue, 34 tahun kini hampir saban hari terpaksa bersembunyi dan melarikan diri daripada pengutip hutang yang sentiasa mengejarnya selain terpaksa menjadikan kaki lima sebagai katil empuk untuk berteduh.

Begitulah nasib terkini bagi pemain yang berasal daripada Ivory Coast itu.

Ketika ditemui media, rupa dan penampilannya yang segak dan gagah suatu ketika dahulu kini telah berubah.

Beliau sendiri mengakui apa yang perlu dihadapi ketika ini adalah disebabkan kegagalan menguruskan kewangan serta terlalu mempercayai rakan.

Bekas Bintang Arsenal Emmanuel Eboue Kini Gelandangan!

Eboue juga tidak menafikan bahawa dia hampir mengambil jalan singkat untuk membunuh diri kerana tekanan yang dialami.

Lebih malang lagi apabila dia juga digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selama 12 bulan kerana insiden pergaduhan dengan ejennya.

Lebih memburukkan keadaan apabila dia bercerai dengan bekas isterinya selain diisytiharkan muflis selepas mahkamah mengarahkan Eboue menyerahkan semua hartanya kepada bekas isteri.

Dia juga kalah dalam kes hak penjagaan ke atas tiga orang anaknya hasil daripada perkahwinanya itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: George Best Lagenda MU Yang Bazirkan $100 Juta Untuk Wanita

sumber: astroawani

1 comment

  1. Memang lumayan kalau gaji besar.. walaubagaimana pun, samaada gaji kecil atau besar, kalau tak pandai berjimat dan menyimpan memang hasilnya ke laut

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon