Thursday, December 06, 2012

George Best Lagenda MU Yang Bazirkan $100 Juta Untuk Wanita


Kerjaya George Best dalam sukan bolasepak terutamanya ketika menyumbang jasanya kepada pasukan Manchester United masih terus diingati sehingga ke hari ini dan beliau dianggap salah seorang lagenda hebat dalam sukan bolasepak.

George Best

Namun seiring dengan kerjayanya yang gernilang itu, turut dibawa bersarna oleh George ialah tabiat buruknya yang suka minuman keras sehingga ke tahap yang kronik dan ketidak mampuannya untuk mengendalikan kewangannya dengan baik.

Ketika ditanya ke mana perginya semua wang yang diperolehinya sepanjang kariernya yang dianggarkan mencecah USD100 juta, dia menjawab hampir 90% daripadanya dibelanjakan untuk wanita, minuman keras dan kereta-kereta laju.

Selebihnya katanya dibelanjakan tanpa terkawal ke arah yang tidak mendatangkan faedah.

George Best [2]

Pada tahun 2000 beliau telah didiagnos dengan kerosakan hati yang teruk dan akhirnya meninggal dunia lima tahun kemudiannya pada usia 59 tahun.

BACA INI JUGA: Merungkai Dusta Tragedi Hillsborough

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon