Sunday, November 26, 2017

Punca Lelaki Sukar Capai Ejakulasi

Loading...

Saya baru berusia 21 tahun. Yang membimbangkan saya sekarang ialah, saya sukar mencapai ejakulasi apabila melakukan hubungan seks bersama isteri.

Ejakulasi

Kadangkala saya perlu berbaring untuk mencapai ejakulasi dan ia mengambil masa lebih setengah jam. Adakah ini satu penyakit dan bagaimana mahu merawatnya?

Untuk pengetahuan doktor, saya pernah mengadakan hubungan seks dengan teman wanita serta kerap melakukan onani.

Saya juga pernah menghidap sifilis tapi sudah sembuh. Masalah lambat ejakulasi dikesan selepas saya pulih daripada penyakit berkenaan.

PUTERA, Kuala Lumpur

Memandangkan anda terbabit dalam aktiviti seks rambang sejak muda dan pernah dijangkiti penyakit kelamin, anda mungkin tidak menyedari bahawa anda juga membawa penyakit kelamin lain walaupun dikatakan sembuh.

Kajian mendapati 80 hingga 90 peratus individu yang terbabit dengan aktiviti seks rambang, tidak tahu mereka terkena jangkitan penyakit sifilis lain seperti herpes, HPV (kuman virus Papilloma), hepatitis B, chlymidia dan HIV kerana kebanyakan jangkitan itu tidak menunjukkan kesan ketara kepada pembawa.

Orang yang menjadi mangsa ialah pasangannya apabila berkahwin kelak.

Mengenai masalah ejakulasi anda, jika ujian darah yang dilakukan menunjukkan anda bebas sepenuhnya daripada sifilis, ia mungkin berpunca daripada masalah lain.

Selain penyakit kronik seperti kencing manis, masalah urat saraf, penyakit prostat seperti keradangan prostat, stres, keletihan, kurang minat terhadap pasangan dan keresahan juga boleh mengakibatkan lambat ejakulasi.

Masalah ini juga boleh berlaku jika orang yang mengalaminya mengambil alkohol atau dadah.

Yang boleh saya katakan, anda mungkin mudah bosan melakukan hubungan seks dengan satu pasangan kerana anda sudah biasa sangat dengannya.

Jadi, hubungan seks tidak lagi sesuatu yang istimewa buat anda.

Cara terbaik ialah hentikan aktiviti seks rambang dan jalani ujian darah untuk mengesan jika virus penyakit kelamin itu masih wujud.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Punca Kenapa Isteri Tidak Puas Di Kamar Tidur

sumber: drismail

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon