Tuesday, November 07, 2017

Persatuan Bola Sepak England Tertua Di Dunia


Persatuan Bola Sepak England adalah badan yang mentadbir hal-ehwal bola sepak di England yang dibentuk pada tahun 1863 dan merupakan persatuan bola sepak paling tua di dunia serta bertanggungjawab memantau segala aspek bagi perlawanan amatur atau profesional di England.

Persatuan Bola Sepak England Tertua Di Dunia

Persatuan Bola Sepak, atau biasanya dipanggil FA, merupakan badan penyelia persatuan bola sepak di England.

Dibentuk pada tahun 1863, ia merupakan persatuan bola sepak tertua di dunia dan bertanggung jawab bagi menyelia kesemua aspek pemainan amatur dan profesional di England.

FA mengesahkan semua perlawanan bola sepak persaingan di England pada tahap kebangsaan dan secara tidak langsung pada peringkat tempatan melalui Persatuan Bola Sepak County.

Ia mengurus beberapa pertandingan, yang paling terkenal adalah Piala FA.

Ia turut bertanggung jawab bagi melantik pengurusan pasukan bola sepak kebangsaan Inggeris, pasukan bola sepak kebangsaan wanita England dan pasukan bola sepak bawah 17 tahun kebangsaan England .

FA merupakan ahli kepada UEFA dan FIFA dan menjawat kerusi tetap dalam Badan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board-IFAB) yang bertanggungjawab bagi peraturan perlawanan.

Sebagai persatuan bola sepak pertama, ia tidak menggunakan nama kebangsaan "Inggeris" dalam namanya. FA bertempat di Stadium Wembley, London.

Kesemua pasukan bola sepak profesional England merupakan ahli Persatuan Bola Sepak.

Sungguhpun ia tidak menguruskan operasi hari ke sehari bagi Liga Utama (Premier League), ia memiliki kuasa veto bagi perlantikan Pengerusi Liga dan sebarang perubahan pada peraturan liga.

Liga Bola Sepak yang terdiri dari liga profesional di bawah Liga Utama adalah ditadbir sendiri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: England, Negara Samseng Bola Sepak Paling Ganas Di Dunia

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon