Monday, November 27, 2017

Misteri Sumpahan Makam Raja-raja Purba

Loading...

Pada tahun 1922, sekumpulan pakar Mesir telah membuka makam Raja Tutankhamun yang berusia hampir 3,000 tahun, seorang putera raja yang mangkat dalam usia muda.

Misteri Sumpahan Makam Raja-raja Purba
Replika Makam Tutankhamun.

Namun, beberapa bulan kemudian satu demi satu malapetaka menimpa orang yang terlibat dalam pembukaan makam tersebut yang diakhiri dengan kematian.

Perkara yang sama berulang 50 tahun kemudian apabila empat daripada 12 arkeologi mati selepas beberapa hari membuka makam Raja Casimir IV Jagiellon, seorang pemerintah Poland pada abad ke 15 yang mangkat pada tahun 1492.

Persoalannya, sumpahan apakah yang menguasai makam raja-raja zaman silam ini?

Sebenarnya, tiada sumpahan. Kematian semua ahli arkeologi tersebut telah dibuktikan dengan sains.

Raja Casimir mangkat pada 7 Jun, iaitu pada musim panas dan cuaca pada hari tersebut sangat terik.

Mayat Raja Casimir mereput dan terurai dengan cepat daripada sepatutnya, memaksa tukang awet untuk menyapu calc, sejenis cecair limau pada tubuh raja.

Mayat Raja Casimir kemudiannya ditutup dengan sehelai kain yang sangat mahal sebelum dimasukkan ke dalam keranda kayu.

Tukang awet kemudiannya menyapukan cecair resin ke seluruh keranda yang tanpa sengaja, secara biologinya telah mencipta 'bom' dan meletus 500 tahun kemudian.

Apabila makam Raja Casimir dibuka oleh ahli arkeologi pada tahun 1973, kulat beracun Aspergillus flavus telah tersebar lalu 'menyerang' kawasan persekitaran dan akhirnya membawa maut kepada mereka.

Kulat ini boleh ditemui dalam makam dan mayat yang sudah berusia ratusan tahun.

Aspergillus flavus dikatakan boleh menyebabkan alergi yang teruk dan dari sesak nafas sehingga pendarahan dalam paru-paru.

Kulat yang sama dipercayai telah ditemui dalam makam Raja Tutankhamun.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Makam Wanita Purba Paling Terkenal

-SENTIASAPANAS.COM

1 comments so far

Selalu tengok movie tentang makam raja-raja purba.. Selalu tertanya betul ke sumpahan raja purba ni masih terkesan walaupun beribu-ribu tahunnya..

Kalau tengok dari segi sains, memang logik sebab bakteria yang terkumpul menyebabkan jangkitan penyakit kepada mereka yang mendekati tempat tu..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon