Friday, November 10, 2017

Majikan Menyebabkan Pekerja Stres Boleh Diambil Tindakan!


Kerajaan akan mengenakan tindakan ke atas majikan yang memberikan tekanan kepada pekerjanya, yang mana menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib, pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap perkara tersebut.

Majikan Menyebabkan Pekerja Stres Boleh Diambil Tindakan!

Selain itu, beliau menegaskan akan menjalankan siasatan termasuk mengambil tindakan undang-undang ke atas majikan yang tidak menghargai pekerja mereka.

"Kita tidak akan bertolak ansur dalam isu membabitkan keselamatan dan kesihatan pekerja. Jika ada penamatan kerja disebabkan isu tersebut, perkara ini hendaklah dilaporkan kepada kementerian.

"Kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas majikan yang tidak tahu langsung untuk berterima kasih, apatah lagi mendera pekerja yang selama ini banyak berkhidmat dan memberikan sumbangan kepada majikan mereka," katanya dalam sesi Pertanyaan Jawab-Lisan di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Abdullah Sani Abdullah Hamid (PKR-Kuala Langat).

Abdullah Sani dalam mengemukakan soalan tambahannya menyoal langkah kementerian dalam mengenakan tindakan terhadap majikan yang mendera pekerjanya.

"Apakah tindakan drastik kementerian untuk mengawal majikan yang mendera pekerja hingga mencetuskan tekanan yang menyebabkan masalah mental?" soal Abdullah Sani.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kesan Buruk Akibat Tekanan Kerja Yang Anda Patut Tahu

sumber: sinarharian

1 comment

  1. pekerja ni ibarat mentimun, bergolek luka digolek pun luka.. biasanya boss always betul...

    sokong program #hourofcode #mydigitalmaker smkbbss dengan tag kawan2, like dan share post
    https://www.facebook.com/lidahbicara.bersuara/posts/2155911787969363

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon