Thursday, November 09, 2017

Satu-satunya Jambatan Kereta Api Merentasi Tasik Di Malaysia!


Semasa pendudukan tentera Jepun dahulu, penduduk di sekitar Bukit Merah, Perak, bekerja sebagai nelayan dan penebang kayu balak yang akan dibawa melalui stesen kereta api.

Stesen kereta api Bukit Merah

Tahukah anda, stesen kereta api Bukit Merah ini adalah satu-satunya landasan kereta api merentasi tasik di Malaysia.

Dikatakan bahawa, pemandangan matahari terbenam ketika menaiki kereta api ini sangat indah memukau mata.

Setelah berpuluh tahun memberikan khidmatnya, laluan asal stesen kereta api Bukit Merah akhirnya di tutup pada 30 Julai 2013.

Ia kemudiannya digantikan dengan jambatan landasan berkembar yang baru, juga merentasi tasik Bukit Merah.

Jambatan landasan kereta api baru ini sepanjang 3.5 kilometer, menjadikan ia jambatan kereta api terpanjang di Malaysia dan terpanjang merentasi tasik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: CRH380C, Kereta Api China Paling Laju Di Dunia!

-SENTIASAPANAS.COM

2 comments

  1. Setuju pemandangan nya sangat cantik. Tetapi suatu waktu dahulu pemandangan dari laluan asal juga sangat cantik dan romantis kerana tasik di penuhi dengan bunga bunga lotus bewarna merah jambu. Bayangkan.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon