Sunday, November 19, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (19 November)


Tanggal 19 November merupakan hari ke 323 (hari ke 324 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 42 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (19 November)
Gol ke 1,000 Pele.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Pembebasan di Mali dan Hari Lelaki Antarabangsa.

Peristiwa Penting

1493 - Christopher Columbus menjadi orang Eropah pertama mendarat di Puerto Rico, sebuah pulau yang dinamakannya San Juan Bautista.

1794 - Amerika Syarikat dan Kerajaan Great Britain menyetujui Perjanjian Jay.

1863 - Perang Saudara Amerika: Presiden A.S. Abraham Lincoln menyampaikan Ucapan Gettysburg.

1941 - Perang Dunia Kedua: Penjajap ringan Australia HMAS Sydney dan penjajap auksiliari Jerman HSK Kormoran memusnahkan sesama sendiri di persisiran Australia Barat di Lautan Hindi.

1942 - Tentera Soviet di bawah Jeneral Georgy Zhukov melancarkan Operasi Uranus semasa Pertempuran Stalingrad, menukar arus pertempuran menyebelahi Kesatuan Soviet.

1969 - Bermain untuk Santos FC menentang CR Vasco da Gama, pemain bola sepak Brazil Edson Arantes do Nascimento, lebih dikenali sebagai Pelé, menjaringkan gol ke-1000nya, melalui satu sepakan penalti.

1985 - Peristiwa Memali berlaku di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling, Kedah Darul Aman, Malaysia.

1999 - Penerbangan ujian tanpa manusia pertama China bagi kapal angkasa lepas Shenzhou, Shenzhou 1 dilancarkan dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, Mongolia Dalam.

2009 - Perdana Menteri Belgium Herman Van Rompuy dipiilih sebagai Presiden Majlis Eropah tetap pertama.

Kelahiran

1600 - Charles I, seorang raja England, Scotland dan Ireland.

1831 - James Garfield, Presiden Amerika Syarikat ke-20.

1917 - Indira Gandhi, Perdana Menteri India ke-3.

Kematian

1985 - Ustaz Ibrahim Mahmud, tokoh agama Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (18 November)

sumber: wikipedia

1 comment

  1. berminat nak baca infor hari lelaki sedunia..wah ada juga kan hari tu hari wanita sedunia..maca2 sejarah SP..bagaimana dapat tu ? luarbiasa ..terbaik

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon