Tuesday, November 07, 2017

Fenomena Fujiwara Punca Banjir Besar Pulau Pinang


Fenomena Fujiwara iaitu dua taufan berbeza melanda kawasan berdekatan dikenal pasti sebagai punca hujan lebat berterusan yang mengakibatkan banjir di Pulau Pinang.

Fenomena Fujiwara Punca Banjir Besar Pulau Pinang

Pakar Oceonagrafi Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata dua taufan tersebut adalah taufan Damrey yang melanda Vietnam dan taufan yang lebih kecil di Teluk Siam.

“Taufan yang kecil ini yang menghasilkan angin kencang di Pulau Pinang. Seperti yang boleh kita perhatikan dalam laman web cuaca dunia seperti nullschool.com, taufan kecil ini sudah pun beralih ke Teluk Siam semula selepas melalui Pulau Pinang. Malah ia sedang menguat,” katanya.

Azizan berkata taufan Damrey kini sudah telah menghilang namun taufan kecil di Teluk Siam masih berada di sana pada kelajuan hampir 54 kilometer.

Tambahnya di Sarawak juga, sebuah vorteks kecil dapat dilihat yang akan membawa hujan lebat di negeri itu.

Jelasnya, kewujudan dua taufan pada masa yang sama ini menyebabkan fenomena cuaca yang dipanggil Fujiwara berlaku.

“Ini sangat menarik buat pakar meteorologi kerana fenomena ini sangat jarang berlaku dan dapat dikesan.

“Ia juga bukan senang untuk difahami oleh sesiapa sahaja termasuk ahli meterologi,” katanya.

Jelas Azizan, negara masih perlu memberi penekanan kepada aspek latihan pakar meterologi untuk membolehkan mereka menterjemah data cuaca dan memberi ramalan lebih tepat mengenai fenomena cuaca yang boleh memberi risiko kepada masyarakat.

Tambahnya kini ahli meterologi negara hanya diberi latihan di dalam negara dan tidak diberi peluang untuk mempelajari fenomena cuaca yang lebih pelik dan kompleks di luar negara.

“Kita tidak menawarkan subjek meterologi di dalam universiti pada saat ini. Kita memerlukan lebih banyak pakar untuk memastikan negara lebih bersedia menghadapi bencana alam pada masa hadapan,” katanya.

Banjir yang berlaku akibat hujan lebat berterusan sehingga lebih 300ml di Pulau Pinang telah meragut nyawa 7 orang, kebanyakannya warga emas.

Menurut Polis Diraja Malaysia, lebih 10,000 penduduk Pulau Pinang kini terpaksa ditempatkan di pusat perlindungan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Fenomena Luarbiasa Ombak Di Langit

sumber: astroawani

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon