Monday, November 13, 2017

Makan Coklat Mampu Menurunkan Kolesterol


Coklat sering kali dikaitkan dengan makanan kegemaran bagi kebanyakan individu, bagaimanapun, disebabkan manisan tersebut sering dikatakan menjadi punca utama bagi masalah kegemukan, kebanyakan individu akan cuba mengelak daripada mengambil makanan tersebut.

Makan Coklat Mampu Menurunkan Kolesterol

Biarpun begitu, pakar diet dan pemakanan dari Washington, Amerika Syarikat, Rebecca Scritchfield berkata, pengambilan coklat setiap hari tidak akan mendatangkan kesan sampingan terhadap tubuh seperti masalah kegemukan.

Sebaliknya, manisan tersebut memberi pelbagai manfaat terhadap kesihatan tubuh.

“Coklat mempunyai kandungan antioksidan dan flavonoid yang tinggi.

“Percaya atau tidak, jumlah kandungan tersebut sama dengan yang terdapat di dalam buah-buahan, sayuran, teh dan anggur merah.

“Kewujudan kedua-dua bahan tersebut bukan sahaja mampu melancarkan aliran darah, tetapi membantu menurunkan tahap kolesterol di dalam tubuh,”jelasnya.

Tambah Rebecca lagi, selain menurunkan tahap kolesterol, coklat juga boleh mengatasi masalah tekanan darah rendah dan mengelakkan diri daripada terkena serangan jantung.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Makan Coklat Boleh Menjadikan Anda Lebih Bijak!

sumber: kosmo

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon