Sunday, October 08, 2017

'Round About' Terbesar Di Asia Terletak Di Malaysia!


Tahukah anda di Putrajaya terletaknya jalan round about atau jalan bulatan terbesar di Malaysia dan juga di Asia. Tak tahu?

Round about

Sebenarnya, sesiapa sahaja yang masuk ke Putrajaya pasti akan melalui bulatan ini.

Tapi, pengunjung biasanya tidak akan sedar bahawa laluan yang digunakan itu adalah sebuah 'roundabout' sebab ianya mengelilingi sebuah bukit.

Anda akan menyangka itu adalah jalan biasa sebab kita tidak akan nampak bentuk keseluruhan bulatan tersebut.

Hakikatnya, ia adalah jalan berbentuk bulatan dengan saiz gergasi!

Nama bulatan ini ialah Persiaran Jalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Panjangnya 3.4 kilometer atau seluas lebih kurang 100 buah padang bola sepak.

Diameter maksimumnya 1.27 kilometer manakala diameter minimumnya 0.8 kilometer yang diukur menggunakan Google Earth.

Bulatan ini terletak di Presint 1 dan disepanjang bulatan ini ada lebih kurang 15 susur jalan keluar dan masuk.

Dari siapakah datangnya idea untuk menghasilkan bulatan ini?

Idea untuk menghasilkan bulatan terbesar di Asia ini datangnya dari Bapa Pemodenan Malaysia, Tun Mahathir Mohamad semasa pemerintahannya.

Tun Mahathir dikatakan mendapat ilham semasa lawatan rasminya ke Paris ketika melihat bulatan Avenue des Champs Elysees sewaktu perarakan peringatan Hari Bastile di sana.

Cetusan idea itu kemudiannya dibawa pulang ke Malaysia lalu terhasillah bulatan di Putrajaya ini.

Untuk pengetahuan anda, dibulatan ini terletaknya Pejabat Perdana Menteri, Istana Melawati, Shangri La Hotel Putrajaya dan Taman Putra Perdana yang menjadi mercu tanda Putrajaya.

Selain itu, dibulatan ini juga tertanamnya Skrol Wawasan 2020 yang ditanam oleh Tun Mahathir sendiri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Fakta Tentang Malaysia Yang Akan Membuatkan Anda Berasa Bangga

-SENTIASAPANAS.COM

1 comment

  1. Ada juga warga Putrajaya yang tak tahu jalan ini satu round about!

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon