Tuesday, October 03, 2017

Ibu Bongkar Rahsia Asal-usul Nama Neelofa


Ibu pelakon dan pengacara televisyen Neelofa, Noor Kartini Noor Mohamed akhirnya mendedahkan asal usul nama anaknya, Neelofa.

Neelofa

Menurut Kartini, Neelofa sebenarnya nama seorang gadis kacukan Pakistan yang ditemuinya ketika berada di sebuah pasar raya Kota Bharu, Kelantan sekitar 29 tahun lalu.

"Ketika itu saya sedang mengandungkan Neelofa, saya ke Hankyu Jaya bersama kakak saya untuk menemaninya membeli produk kosmetik Lancome.

"Masih saya ingat gadis itu memiliki paras rupa yang sangat cantik, menyarung jubah hitam, sneakers (kasut getah) dan tudung bawal putih.

"Dia menyapa saya, katanya dia kenalan kepada saudara saya. Neelofa namanya! Dari situlah saya terkenan dan saya nekad untuk menamakan bayi yang saya sedang kandung ketika itu dengan nama Neelofa.

"Jadi, nama Neelofa dan Lancome sendiri seperti ada jodoh yang kuat," kata Kartini yang ditemui pada majlis perlantikan Neelofa sebagai duta produk Lancome Malaysia 2017 di Eco Sanctuary, Banting, Selangor.

Bagaimanapun, itu merupakan pertemuan kali pertama dan terakhir dengan gadis bernama Neelofa.

"Difahamkan sekarang dia sudah berpindah ke luar negara kerana mengikut suaminya," tambah Kartini.

Neelofa, mencatat sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama dilantik sebagai duta produk kosmetik antarabangsa Lancome.

Lebih mengagumkan, Neelofa juga sebenarnya duta sulung berhijab Lancome.

Sebelum ini, Neelofa pernah dipilih sebagai jurucakap jenama itu untuk produk La Nuit Tresor pada tahun 2015.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon