Friday, October 20, 2017

9 'Dragon' Kawal Aktiviti Judi Malaysia Bernilai 5 Bilion Setahun?

Loading...

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa bahawa aktiviti perjudian haram termasuk semua aktiviti tidak bermoral yang beroperasi di negara ini didalangi oleh sembilan ketua atau digelar 'dragon' sejak sekian lama.

9 Dragon Malaysia

Malah, 9 dragon ini mampu mengaut keuntungan sebanyak RM5 bilion sebulan hasil daripada pusat perjudian yang wujud di seluruh negara melalui sistem hierarki yang diamalkan sejak bertahun-tahun lamanya.

Datuk Nadzim Johan, Ketua Aktivis PPIM mendakwa sistem 9 dragon sudah lama wujud dan diamalkan di Malaysia malah kumpulan sindiket tersebut turut mempunyai kuasa di dalam agensi penguat kuasa di negara ini.

Dakwanya lagi, dengan kuasa tersebut, kumpulan itu berupaya untuk menukar mana-mana penguatkuasa yang mampu mengganggu gugat operasi mereka dalam tempoh 24 jam.

Kumpulan berkenaan sukar untuk diganggu atau diambil tindakan kerana pihak atasan organisasi terbabit telah menjalin hubungan dan saling bekerjasama dalam beberapa urusan selain turut diberi wang 'perlindungan'.

“Rangkaian tersebut bermula apabila pihak berkuasa atau individu berkepentingan di negara ini duduk semeja dengan kumpulan dragon untuk meminta bantuan.

“Mereka kemudian tersepit apabila dragon mula meminta bantuan untuk melindungi kegiatan haram, tetapi perlu menurut kerana pernah menerima bantuan dahulu,” dakwanya lagi.

Ujar Nadzim, dragon mengamalkan undang-undang iaitu pengkhianat akan ditembak mati menyebabkan pihak berkuasa yang terlibat tidak berani melawan dan terpaksa tunduk dengan permintaan kumpulan tersebut walaupun ia bertentangan dengan kedaulatan negara.

Nadzim ketika mengulas mengenai sistem dragon memberitahu, hierarki tersebut telah lama wujud, malah turut mempunyai hubungan dengan kumpulan lain di luar negara termasuk Hong Kong, China dan negara lain bagi menjalankan aktiviti mereka.

Dia juga mendakwa terdapat beberapa individu ternama di negara ini berjaya menduduki tahap tertinggi dalam sistem rangkaian antarabangsa itu.

“Jika sebelum ini ada pendedahan mengenai individu bernama Alex, dia juga adalah anggota kepada sembilan dragon berkenaan yang memakai gelaran dragon nombor lima yang mempunyai hubungan kuat dengan orang ‘besar’ di negara ini.

“Saya difahamkan terdapat sembilan dragon utama, jika mungkin ada tambahan saya tidak pasti, tetapi kesemua mereka mempu­nyai gelaran Tan Sri dan Datuk Seri yang dibeli untuk mengaburi ke­giatan sebenar mereka,” katanya.

Malah mereka yang berjaya memakai gelaran tersebut amat sinonim dengan pelbagai perniagaan di negara ini dan mengutip lebih RM 5 bilion hasil daripada perjudian.

Wang yang dikumpul kemudian diagihkan kepada syarikat-syarikat yang ditubuhkan bagi mencuci wang haram itu untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Nadzim juga mendakwa bahawa tidak sukar untuk mereka menjalankan operasi tersebut kerana dengan wang yang sebegitu banyak itu mereka mampu membayar wang perlindungan kepada pihak berkuasa atau siapa sahaja yang mengganggu perjalanan perniagaan mereka.

“Disebabkan sistem yang berkesan dan bantuan teknologi terkini, wang tersebut sukar untuk dilarikan oleh mana-mana pekerja ke­rana takut akan dibunuh oleh anggota sembilan dragon tersebut,” jelasnya.

BACA INI JUGA: Peguam Negara AS Sahkan AS$3.5 Bilion 1MDB Dirompak, 'Rakyat Malaysia Ditipu Besar-besaran'!

sumber: utusan

1 comments so far

Dasyat Malaysia ni.. Boleh buat filem ni.. Mesti gempak

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon