Saturday, September 16, 2017

Siapa Pencipta Gaya Bergambar Dabbing?


Gaya bergambar 'Dab' atau 'Dabbing' ialah gaya di mana seseorang menundukkan kepala dan mengangkat tangan ke arah sisi, sambil menutup wajahnya menggunakan lengan.

Dabbing

Berdasarkan maklumat yang ada, asal-usul Dab atau Dabbing ini sebenarnya adalah gaya tarian mudah yang diperkenalkan oleh komuniti hip hop dari Amerika Syarikat.

Trio Hip Hop yang bertapak di Atlanta iaitu Migos, Peewee Longway dan Rich The Kid, dikatakan individu pertama yang menggayakan pose ini sekitar tahun 2010 lalu.

Namun, fakta itu kemudiannya disanggah oleh seorang rappers yang juga berasal dari AS, Bow Wow.

Menurutnya, gerakan ini merupakan gaya kegemaran komuniti Kanabis atau golongan penghisap ganja.

Apabila batuk, mereka akan menutup mulut menggunakan lengan.

Bagi peminat muzik hip hop yang sedang khayal, mereka akan memperagakan gaya tarian ini sebagai tanda sedang khayal dibawah pengaruh ganja.

Walau bagaimanapun, fakta ini tidak dapat disahkan.

Asal-usul Gaya Dabbing

Walaupun ramai pihak menentang pendapat Bow Wow dan menganggap ianya mengarut, namun tiada seorang pun yang dapat menjelaskan dengan tepat makna gerakan ini atau dari mana ia berasal.

Sementara itu, majalah hiburan Amerika Syarikat, XXL, dalam artikel ang disiarkan membuat kesimpulan bahawa gerakan ini berasal dari kelab malam di Amerika Selatan.

Bagaimanapun, fakta ini juga diragui.

Selebriti Dabbing

American Football Dabbing

Dabbing mula tersebar ke seluruh dunia apabila ada dikalangan selebriti terkenal terutamanya dalam bidang sukan turut menggayakannya.

Antara yang terawal menunjukkan gaya Dabbing ialah pemain American Football, Cam Newton, yang mewakili kelab Carolina Panthers, melakukan gerakan ala Dab ketika meraikan jaringan.

Dalam sukan bola sepak pula, gaya Dabbing ini sinonim dengan pemain termahal dunia, Paul Pogba.

Paul Pogba sering menggayakan Dabbing sejak bermain dengan kelab bola sepak Juventus.

Semakin banyak gol yang dijaringkannya, maka semakin banyaklah gaya Dab yang ditunjukkan.

Gaya Dab turut merebak ke bidang sukan lain seperti tenis dan olahraga.

Malah, Hillary Clinton juga pernah membuat gaya Dab dalam rancangan temubual 'The Ellen DeGeneres Show' pada bulan Januari 2016 yang lalu.

Dab Paling Popular

Paul Pogba Dabbing

Walaupun gaya Dab dilakukan oleh ramai selebriti, tetapi gaya Paul Pogba adalah yang paling diingati.

Lebih hebat lagi, gaya Dabbing Paul Pogba telah dimasukkan ke dalam soalan matematik di Perancis, di bawah tajuk segi tiga Theoram Pythagoras.

Gaya Dabbing Naruto

Naruto Dabbing

Selain itu, beberapa watak anime Jepun juga turut menggayakan gerakan Dabbing.

Antaranya ialah watak popular Naruto, gerakan dalam siri Dragon Ball serta watak di dalam anime Kamen Rider.

Jadi, lepas ni anda juga boleh cuba gaya Dab pula. Hehe.

BACA INI JUGA: Keunikan Tarian Pemikat Wodaabe Ketika Pesta Gerewol

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon