Tuesday, September 26, 2017

Makan Panadol (Paracetamol) Ketika Mengandung Punca Anak Asma?


Wanita hamil yang mengambil ubat paracetamol atau Panadol (di Amerika Syarikat dikenali sebagai acetaminophen) boleh meningkatkan risiko bayi mengalami asthma apabila mereka membesar kelak.

Panadol

Kajian ini diterbitkan dalam Journal Clinical and Experimental Allergy, New Zealand.

Dalam kajian itu mendapati, pengambilan paracetamol (Panadol) oleh wanita hamil dalam mana-mana peringkat kehamilan telah dikaitkan dengan peningkatan risiko sebanyak 21% untuk anak-anak mereka mendapat asthma.

Namun menurut Prof Dr Richard Beasley, dari Institut Penyelidikan Perubatan di New Zealand, pengambilan ubat ini adalah selamat dan tidak perlu dibimbangkan.

Beliau hanya memberikan peringatan agar ubat ini tidak diambil secara berterusan dan diambil ketika diperlukan saja.

Acetaminophen, atau paracetamol seharusnya diberikan hanya kepada wanita hamil untuk menurunkan suhu dalam ketika mereka demam kuat.

Laporan ini juga dipertikaikan oleh Prof Dr Victoria Persky di JabatanEpidemiologi dan Biostatistik, Universiti Illinois di Chicago.

Beliau berkata, lebih banyak data yang diperlukan sebelum membuat kesimpulan bahawa wanita hamil yang menggunakan ubat ini boleh menyebabkan anak mereka mendapat asthma.

Pendapat beliau disokong oleh Dr Rebecca Piltch, seorang pakar allergist di San Francisco, dan Dr Charles Lockwood, pakar Obstetrik, Ginekologi, dan Sains Pembiakan di Universiti Yale. Mereka berpendapat bahawa kajian ini bersifat berat sebelah.

American Congress of Obstetricians and Gynecologists, satu badan yang mengumpulkan pakar-pakar Obstetricians dan Ginekologi di Amerika Syarikat juga tidak melarang penggunaan acetaminophen untuk wanita hamil.

Jadi saya berpendapat bahawa pengambilan paracetamol atau Panadol untuk wanita hamil adalah selamat mengikut dos yang telah dietetapkan.

Ia juga harus hanya diberikan jika perlu untuk menurunkan suhu badan yang terlalu tinggi ketika demam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Lebihan Ubat Hanya Boleh Disimpan Selama Dua Bulan!

sumber: drzubaidi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon