Aug 8, 2016

Lebihan Ubat Hanya Boleh Disimpan Selama Dua Bulan!

Ramai ibu bapa biasanya menyimpannya lebihan ubat yang telah digunakan dalam peti sejuk, terutama jika mempunyai anak kecil di rumah.

Ubat

Ubat tersebut kemudiannya digunakan semula apabila anak jatuh sakit seperti demam, di kemudian hari.

Persoalannya bolehkah kita menggunakan semula ubat demam yang sudah tersimpan lama dalam peti sejuk?

Ikuti penjelasan ahli farmasi tentang perkara ini. Penting bagi kita membetulkan yang ‘biasa’ dan ‘membiasakan’ yang betul. Diharapkan pembaca ambil perhatian tentang maklumat yang sangat penting ini.

Perlukah simpan ubat demam dalam peti sejuk?

Rahman Baco, Pharmacist

Bila balik rumah nanti, cuba pergi buka peti sejuk. Periksa ada tak kita simpan ubat demam (paracetamol), ubat selsema ataupun ubat batuk dalam peti sejuk? Mesti ada kan?

Terutamanya bagi yang berkeluarga atau mempunyai anak kecil pasti ada simpan sekurang-kurangnya satu botol ubat demam atau baki ubat demam yang pernah digunakan sebelum ni.

Kenapa kita simpan ubat demam dalam peti sejuk?

Ubat demam yang saya maksudkan adalah apa-apa jenis ubat yang mengandungi bahan ‘paracetamol’. Ada banyak jenis jenama ubat demam yang mengandungi paracetamol ni antaranya Panadol, Axcel Paracetamol, Fepril, Uphamol dan Kidz PCM.

Biasanya, selepas kita ambil ubat demam (cecair) daripada klinik ataupun farmasi, bila balik rumah kita terus simpan ubat demam ni dalam peti sejuk dengan anggapan pasti ia tahan lebih lama bila disimpan dalam peti sejuk seperti makanan lain.

Kemudian, selepas demam anak kita sembuh ubat demam tersebut masih belum habis lagi, masih ada sedikit baki.

Kita pun simpan semula baki ubat demam ni di dalam peti sejuk, mana tahu nanti boleh pakai lagi jika anak demam. Kalau terus buang, rasa macam membazir pula kan.

Persoalannya, berapa lama kita boleh simpan demam ini selepas dibuka? Adakah boleh disimpan hingga sampai tarikh luputnya?

Sebenarnya ubat-ubat demam dalam bentuk cecair di Malaysia telah dibotolkan atau dipack sesuai untuk sekali penggunaan untuk seorang pesakit. Sebotol ubat demam biasanya mengandungi 60ml – 100ml ubat sahaja.

Contohnya ubat demam yang mengandungi 60ml, jika diambil 5ml untuk 4 kali sehari. Ubat ini sepatutnya habis dalam masa 3 hari, dan biasanya demam juga akan sembuh dalam masa 3 hari. Jadi ubat demam ini tidak perlu disimpan.

Jika masih ada ubat demam berbaki selepas digunakan, ubat ini masih boleh disimpan selepas dibuka untuk tempoh 1 – 2 bulan mengikut jenis ubat.

Tetapi, jika kita mahu menyimpan ubat demam untuk kegunaan masa akan datang. Sebaik-sebaiknya kita dapatkan ubat demam yang baru dan belum dibuka daripada farmasi dan simpan di tempat kering tanpa perlu disimpan dalam peti sejuk.

Apabila anak kita demam, gunakan ubat yang baru, jangan ambil baki ubat demam yang lama yang kita tidak pasti bila tarikh pertama kita buka atau gunakannya.

Jangan simpan lebih dua bulan ubat demam yang telah dibuka.

Ubat yang dibotolkan di kilang ubat biasanya diisi dengan udara yang bersih (clean air) ataupun Nitrogen.

Apabila ubat dibuka, nitrogen ataupun udara bersih akan terkeluar dan udara biasa akan masuk. Udara biasa ini mengandungi wap air, fungi dan juga bakteria.

Cecair ubat dicampurkan dengan bahan pengawet ataupun preservatives seperti methyl paraben dan propylparaben untuk mencegah pembiakan bakteria di dalamnya.

Tetapi apabila kita simpan ubat yang telah dibuka di dalam peti sejuk, suhu peti sejuk boleh menyebabkan wap air terbentuk di dalam botol ubat melalui proses kondensasi.

Wap air yang terbentuk ini tidak mengandungi bahan pengawet dan bakteria atau fungi yang boleh membiak di dalamnya. Wap air yang banyak kemudian turun dan bercampur dengan cecair ubat di dalam botol.

Kita sangka ubat demam yang disimpan dalam peti sejuk akan tahan lebih lama sebaliknya kita mempercepatkan pertumbuhan bakteria dan merosakkannya.

Jadi, kalau nak simpan ubat demam sebagai spare di rumah, belilah ubat demam yang baru dan simpan tanpa membukanya terlebih dahulu. Buang sahaja baki ubat demam jika anak kita dah sembuh daripada demam.

Tak perlu simpan baki ubat demam di dalam peti sejuk berbulan-bulan, bertahun hingga sampai tarikh luputnya.

Pesanan ikhlas,
Rahman Baco, Pharmacist.

BACA INI JUGA: Daun Rerama, Daun Ajaib Penawar Penyakit Kronik!

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Alamak... saya ada simpan ubat kat peti sejuk... lama jugak lah huhh...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon