Saturday, September 09, 2017

Kurang Tidur Melemahkan Sistem Imun, Berapa Jam Tidur Sebenarnya Diperlukan Oleh Tubuh Setiap Malam?


Adakah anda berjaya tidur tujuh hingga sembilan jam setiap malam? Atau adakah anda jenis yang tidur kurang dari enam jam setiap malam?

Bahaya kurang tidur

Untuk kebanyakan individu dewasa berumur 18 hingga 60 tahun, mereka dinasihatkan tidur sekurang-kurangnya tujuh jam setiap malam.

Tidur yang cukup dapat menguatkan sistem imun seseorang, menyumbang kepada sembuh daripada sebarang penyakit dengan cepat atau jarang mendapat penyakit.

Kekurangan tidur secara kronik pula memberi tekanan kepada sistem imun manusia, selain meningkatkan risiko obesiti, diabetes, penyakit kardiovaskular, strok dan tertekan (depression).

Untuk golongan wanita, sebuah penyelidikan 16 tahun mengatakan mereka yang tidur kurang dari lima jam mempunyai 15 peratus risiko mengalami obesiti.

Bermimpi pula selalu dikaitkan dengan memori dan tidur yang cukup diaktakan mampu menguatkan memori seseorang.

Sebaliknya, mereka yang tidak cukup tidur akan mengalami kesukaran mengingati.

Keupayaan manusia untuk mempelajari perkara baharu juga menurun sebanyak 40 peratus apabila mereka tidak mendapat tidur yang cukup.

Cukup tidur mampu memperbaharui mood dan kesihatan manakala mereka yang tidak cukup tidur sering berasa mudah marah, tidak tenang dan tertekan.

Selain itu, keupayaan seseorang untuk menumpukan perhatian, menyelesaikan masalah dan pemikiran kretif juga dikaitkan dengan jumlah tidur.

Tidak cukup tidur menyebabkan kesilapan selalu terjadi dan menyebabkan seseorang gagal mengawal emosi.

Menurut kaji selidik Sleep Journal, tidur hanya enam jam selama dua minggu bersamaan dengan tidak tidur selama dua hari berturut-turut.

Selain emosi dan kesihatan, tidur yang cukup mempengaruhi seseorang sedang memandu.

Tak cukup tidur boleh menyebabkan seseorang yang sedang memandu hilang kosentrasi, lambat memberi tindak balas dan meletakkan diri mereka sendiri dan orang lain dalam bahaya.

Untuk itu, segenap lapisan masyarakat dinasihatkan mendapatkan tidur yang cukup kerana ia memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian.

Mereka yang mengalami kesukaran untuk tidur pula dinasihatkan bersenam secara konsisten, mengelak makanan berat, menghisap rokok atau meminum minuman beralkohol sebelum tidur.

Selain itu, cuba tidur pada suatu waktu yang 'fixed' pada setiap malam, termasuk malam minggu.

Merendahkan suhu dalam bilik tidur dan keadaan gelap juga mampu membuatkan seseorang mudah tidur.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kurang Tidur Melemahkan Nafsu Syahwat, Apa Yang Perlu Di Lakukan Untuk Mengatasinya?

sumber: sinarharian

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon