Saturday, September 30, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (30 September)


Tarikh 30 September merupakan hari ke 273 (hari ke 274 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 92 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Haile Gebrselassie
Haile Gebrselassie.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Botswana (1966).

Peristiwa

1399 – Duke Lancaster Henry Bolingbroke menggulingkan Richard II untuk menjadi Henry IV dari England, menggabungkan Duchy Lancaster ke dalam England.

1939 – Perang Dunia Kedua: Jeneral WÅ‚adysÅ‚aw Sikorski menjadi Perdana Menteri kerajaan Poland dalam buangan.

1965 – Anggota Gerakan 30 September cuba merampas kuasa kerajaan Indonesia, namun ditumpaskan oleh Jeneral Suharto.

1966 - Seretse Khama menjadi Presiden pertama Botswana apabila Negeri Naungan Bechuanaland mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom.

1975 – AH-64 Apache, helikopter penyerang utama bagi beberapa negara, menjalankan penerbangan sulungnya.

1980 – Spesifikasi pertama teknologi LAN Ethernet diterbitkan oleh Xerox, Intel dan Digital Equipment Corporation.

1991 РPresiden Haiti Jean-Bertrand Aristide digulingkan dalam satu rampasan kuasa oleh Jeneral Raoul C̩dras.

1999 – Kemalangan nuklear paling teruk di Jepun berlaku di tempat pemprosesan semula uranium berhampiran Tokyo.

2005 – Akhbar Denmark Jyllands-Posten menerbitkan kartun editorial berkontroversi menggambarkan Nabi Muhammad s.a.w., mencetuskan bantahan meluas di seluruh dunia.

2007 – Haile Gebrselassie‎ memecahkan rekod maraton dunia dengan masa 2:04:26 di Berlin.

2007 – Jerman menewaskan Brazil untuk memenangi Piala Dunia FIFA Wanita 2007 di Shanghai, China.

2009 – Satu gempa bumi berukuran 7.6 MW melanda pesisir Sumatera, Indonesia, mengorbankan sekurang-kurangnya 1,100 orang.

Kelahiran

1945 - Ehud Olmert, Perdana Menteri Israel ke-13.

1986 - Olivier Giroud, pemain bola sepak Arsenal F.C.

Kematian

2011 - Anwar al-Awlaki, dikatakan anggota kanan al Qaeda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (29 September)

sumber: wikipedia

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon