Friday, September 29, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (29 September)


Tanggal 29 September merupakan hari ke 272 (hari ke 273 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 93 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Tuvalu
Pulau Tuvalu.

Hari ini juga merupakan Hari Michaelmas (atau Perayaan Santo/Santa Michael, Gabriel dan Raphael), Hari Kopi Antarabangsa dan Hari Jantung Sedunia.

Peristiwa

61 SM - Di Rom, Pompey meraikan kemenangan ke atas lanun di timur Laut Mediterranean dan dalam peperangan melawan Raja Mithridates VI dari Pontus di Asia Kecil dengan perbarisan besar. Hari tersebut juga merupakan hari lahirnya yang ke-45.

1829 - Pasukan polis rasmi pertama di UK, Polis Metropolitan London Raya, juga dikenali sebagai the Met, diasaskan oleh Robert Peel.

1938 - Di Munich, Adolf Hitler, Benito Mussolini, Neville Chamberlain dan Édouard Daladier mencapai satu persetujuan, menetapkan bahawa Czechoslovakia harus menyerahkan Sudetenland kepada Jerman.

1941 - Holokus: Pembunuhan beramai-ramai Babi Yar bermula di Kiev, RSS Ukraine.

1954 - 12 negara menandatangani satu konvensyen yang menubuhkan CERN, berpangkalan di Geneva, makmal fizik zarah terbesar di dunia kini.

1964 - Jalur komik Mafalda, oleh kartunis Quino, diterbitkan buat pertama kali dalam akhbar di Argentina.

1972 - Hubungan China - Jepun: Jepun membuat hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China, memutuskan hubungan rasmi dengan Republik China.

2004 - SpaceShipOne Burt Rutan berjaya melakukan penerbangan angkasa pertama dalam usahanya untuk memenangi Hadiah X Ansari.

2006 - Taufan Xangsane mengorbankan sekurang-kurangnya 103 orang di Filipina dan 16 di Vietnam.

2009 - Satu gempa bumi 8.0 Mw di Kepulauan Samoa menyebabkan tsunami dan mengorbankan lebih 189 orang.

2010 - Maatia Toafa terpilih sebagai Perdana Menteri Tuvalu buat kali ke-2.

2011 - Taufan Nesat mengorbankan sekurang-kurangnya 82 orang di Filipina dan Republik Rakyat China.

2013 - Maghribi menjuarai bolasepak di Sukan Perpaduan Islam 2013.

Kelahiran

1786 - Guadalupe Victoria, Presiden Mexico pertama.

1843 - Mikhail Skobelev, seorang jeneral Empayar Rusia.

1901 - Enrico Fermi, seorang saintis Itali.

1943 - Lech Walesa, Presiden Poland ke-2.

1976 - Andriy Shevchenko, pemain bola sepak Chelsea F.C.

1979 - Hairuddin Omar, pemain bola sepak ATM.

1984 - Per Mertesacker, pemain bola sepak Arsenal F.C.

Kematian

1979 - Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang Di-Pertuan Agong keempat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (28 September)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon