Thursday, September 28, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (28 September)

Loading...

Tarikh 28 September merupakan hari ke 271 (hari ke 272 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 94 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Falcon 1 SpaceX
Falcon 1 SpaceX.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari St. Wenceslas di Republik Czech, Hari Penyakit Anjing Gila Sedunia dan Hari Guru di Taiwan.

Peristiwa

1066 – William si Penakluk dan armada 600 kapalnya mendarat di Pevensey, Sussex, memulakan penaklukan England oleh Norman.

1106 – Henry I dari England menang muktamad ke atas abangnya Duke Normandy Robert Curthose dalam Pertempuran Tinchebray, dan menuntut Normandy sebagai hak milik Kerajaan England.

1542 – Penjelajah Portugal Juan Rodríguez Cabrillo, orang Eropah pertama berjalan di pantai California, mendarat di tempat yang kini ialah bandar San Diego.

1928 – Ahli farmakologi Scotland Alexander Fleming menemui penisilin.

1961 – Sekumpulan pegawai di Damsyik merampas kuasa dan mengisytiharkan kemerdekaan Syria daripada Republik Arab Bersatu, meninggalkan Mesir sebagai anggota tunggal.

1972 – Paul Henderson menjaringkan gol kemenangan menewaskan Vladislav Tretiak, membolehkan pasukan hoki ais kebangsaan Kanada menang Siri Kemuncak menewaskan Soviet.

1981 – Twinkle Twinkle Little Star, yang merupakan album keenam oleh penyanyi tersohor Malaysia iaitu Sudirman Haji Arshad telah dikeluarkan.

1994 – Feri MS Estonia tenggelam di antara Tallinn, Estonia dan Stockholm, Sweden, mengorbankan 852 nyawa dalam salah satu kemalangan laut terburuk di Laut Baltik.

2000 – Intifada al-Aqsa bermula selepas lawatan Ariel Sharon ke Masjid Al-Aqsa.

2008 – Pada percubaan keempat, Falcon 1 SpaceX menjadi kenderaan pelancar berasaskan bahan api cecair swasta pertama berjaya mencapai orbit.

2008 – Pelari Habsyah Haile Gebrselassie memecahkan rekod dunia maraton dengan 2 jam, 3 minit, 59 saat.

2012 – Pemandu Formula Satu McLaren, Lewis Hamilton, mengesahkan yang beliau akan menyertai Mercedes pada musim 2013

Kelahiran

1910 - Diosdado Macapagal, Presiden Filipina ke-9.

1964 - Janeane Garofalo, pelakon Amerika Syarikat.

1977 - Ivana Bozilovic, pelakon dan model Serbia.

Kematian

48 SM - Pompey yang Agung.

1970 - Gamal Abdel Nasser, Presiden Mesir ke-2.

1989 - Ferdinand Marcos, Presiden Filipina ke-10.

2000 - Pierre Trudeau, Perdana Menteri Kanada Ke-15.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (27 September)

sumber: wikipedia

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon