Wednesday, September 27, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (27 September)


Tanggal 27 September merupakan hari ke 270 (hari ke 271 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 95 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

World Tourism Day

Hari ini juga merupakan sambutan Meskel di Ethiopia dan Eritrea, Hari Pelancongan Sedunia dan Hari Kemerdekaan Mexico dari Sepanyol (1821)

Peristiwa

1905 – Jurnal fizik Annalen der Physik menerbitkan rencana Albert Einstein, "Adakah Inersia Jasad Bergantung Kepada Kandungan Tenaganya?" yang memperkenalkan persamaan E=mc2.

1908 – Kereta Ford Model T yang pertama dibina di Piquette Plant di Detroit, A.S.

1937 – Harimau Bali, sejenis subspesies harimau yang cuma ditemui di pulau Bali, Indonesia, diisytiharkan pupus.

1940 – Perang Dunia Kedua: Jerman Nazi, Itali Fasis dan Empayar Jepun menandatangani Pakatan Tiga Pihak di Berlin, mewujudkan Kuasa Paksi.

1983 – Richard Stallman mengumumkan projek GNU untuk membangunkan sistem pengendalian ala UNIX bebas.

1988 – Parti Liga Demokrasi Kebangsaan pimpinan aktivis Aung San Suu Kyi ditubuhkan di Burma.

1996 – Taliban menghalau Presiden Afghanistan Burhanuddin Rabbani dari Kabul, menjalankan hukuman mati kepada bekas presiden Mohammad Najibullah, dan menubuhkan Amiriah Islam Afghanistan.

2007 – 1500 peguam berarak secara aman ke Jabatan Perdana Menteri Malaysia menuntut siasatan klip video hakim dan penubuhan Suruhanjaya Kehakiman yang bebas.

2007 – Mahkamah Jenayah Antarabangsa di Hague menghukum Mile Mrkšić and Veselin Šljivančanin 20 dan 5 tahun penjara kerana Pembunuhan Vukovar 1991 di Croatia.

2007 – NASA melancarkan kuar Dawn ke lingkaran asteroid.

2008 – Zhai Zhigang menjadi angkasawan China pertama menjalankan aktiviti luar kenderaan, semasa misi Shenzhou 7.

2010 – Parti Sosialis Bersatu Venezuela pimpinan Presiden Hugo Chávez mengekalkan majoriti mudah dalam pilihan raya parlimen Venezuela.

Kelahiran

1972 - Gwyneth Paltrow, pelakon dan ahli muzik Amerika Syarikat.

Kematian

1914 - Carol I dari Romania, seorang Raja Romanian.

1962 - Mohamad Sheriff Bin Osman, seorang Menteri Besar Kedah pertama.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (26 September)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon