Tuesday, September 26, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (26 September)


Tarikh 26 September merupakan hari ke 269 (hari ke 270 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 96 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Parthenon
Parthenon.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kawalan Kehamilan Sedunia, Hari Bahasa Eropah dan Hari Dominion di New Zealand (1907).

Peristiwa

1580 - Kapal Golden Hind belayar masuk ke Plymouth, England, setelah Francis Drake menamatkan pelayarannya mengelilingi dunia.

1687 - Parthenon (gambar) di Athens musnah sebahagian ketika pertikaian bersenjata antara Republik Venice dan Empayar Uthmaniyah.

1907 - Newfoundland dan New Zealand menjadi kawasan penguasaan Empayar British.

1945 - Lt. Col. A. Peter Dewey, seorang pegawai OSS ditembak mati oleh Viet Minh, menjadikan beliau anggota tentera Amerika Syarikat pertama terbunuh di Vietnam.

1957 - West Side Story, satu muzikal yang ditulis Arthur Laurents, Leonard Bernstein dan Stephen Sondheim, dan diterbit dan diarah Jerome Robbins, mula dipentaskan di Broadway.

1983 - Leftenan Kolonel Soviet Stanislav Petrov menghindarkan perang nuklear sedunia, mengenal pasti suatu "serangan A.S." sebagai isyarat palsu.

2006 - Shinzō Abe, presiden Parti Demokratik Liberal, menggantikan Junichiro Koizumi sebagai Perdana Menteri Jepun yang baru.

2009 - Taufan Ketsana menyebabkan pengisytiharan "keadaan malapetaka" di 25 wilayah, mengorbankan lebih 450 orang di Filipina, Vietnam dan Kemboja.

Kelahiran

1932 - Manmohan Singh, Perdana Menteri India ke-13.

1975 - Michael Ballack, bekas pemain bola sepak Chelsea F.C.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (25 September)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon