Saturday, September 16, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (16 September)

Tarikh 16 September merupakan hari ke 258 (hari ke 259 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 107 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari Malaysia

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Tindakan Lapisan Ozon Antarabangsa, Hari Kemerdekaan di Mexico (1810), Papua New Guinea (1975) dan Sambutan Hari Malaysia (1963).

Peristiwa

1597 – Perang Tujuh Tahun: Dua belas kapal Korea di bawah pimpinan Laksamana Yi Sun-sin menenggelamkan 31 kapal musuh dan menumpaskan cubaan serangan oleh Jepun.

1810 – Miguel Hidalgo y Costilla, seorang paderi di Dolores, Guanajuato, menyampaikan Grito de Dolores kepada pengikut-pengikutnya, memulakan Perang Kemerdekaan Mexico terhadap Sepanyol.

1941 – Shah Reza Pahlavi dari Iran terpaksa turun takhta bagi memberi laluan kepada anaknya Mohammad Reza Pahlavi menaiki takhta.

1959 – Xerox Chester Carlson

1963 - Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak and Singapura bergabung untuk membentuk Malaysia.

1982 – Militia Lubnan yang diketuai oleh Elie Hobeika membunuh sesuka hati di khemah pelarian rakyat Palestin di Sabra dan Shatila, membunuh lebih 700 orang awam.

2006 – Pengeboman Haadyai mengakibatkan 4 orang terbunuh dan 82 orang lagi cedera yang melibatkan warganegara asing di samping warga tempatan.

2007 – Penerbangan 269 One-Two-GO Airlines terbabas di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, mengorbankan 89 penumpang dan anak kapal.

2009 – Yukio Hatoyama mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Jepun ke-60.

2011 – Helle Thorning-Schmidt bakal menjadi Perdana Menteri Denmark wanita pertama selepas parti campurannya memenangi pilihan raya.

2013 – Taufan Ingrid dan Taufan Manuel mengorbankan lebih 50 orang di Mexico.

2013 – Seorang lelaki menembak mati 12 orang di pangkalan Tentera Laut A.S. di Washington, D.C.

Kelahiran

1895 - Za'ba, cendekiawan Melayu Malaysia.

1923 - Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura yang pertama.

1985 - Madeline Zima, pelakon A.S.

Kematian

2016 - Dr. Haron Din (Mursyidul Parti Islam SeMalaysia).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (15 September)

sumber: wikipedia

1 comments so far

Selamat Menyambut Hari Malaysia, Sentiasa Panas !

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon

Loading...