Friday, September 15, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (15 September)


Tanggal 15 September merupakan hari ke 258 (hari ke 259 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 107 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Lehman Brothers Bankruptcy

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Costa Rica, El Salvador, Guatemala, Honduras, Nicaragua (1821), Hari Pertempuran Britain di United Kingdom dan Hari Demokrasi Antarabangsa.

Peristiwa

1831 - John Bull, lokomotif wap tertua di dunia yang masih beroperasi, berjalan buat kali pertama di New Jersey.

1835 - Di atas HMS Beagle, Charles Darwin sampai ke Kepulauan Galápagos, di mana dia mengembangkan lagi teori evolusinya.

1916 - "Senjata rahsia" Tentera Darat British semasa Perang Dunia Pertama, kereta kebal, pertama kali digunakan untuk bertempur dalam Pertempuran Somme di Somme, Picardy, Perancis.

1935 - Jerman Nazi menggubal Undang-Undang Nuremberg, yang merampas kewarganegaraan orang Yahudi Jerman, dan menggunakan bendera kebangsaan baharu yang dihiasi dengan swastika.

1950 - Perang Korea: Tentera Amerika Syarikat dan Korea mendarat di Incheon, Korea, memulakan Pertempuran Incheon.

2008 - Lehman Brothers memfailkan kemuflisan Bab 11, kes kemuflisan terbesar dalam sejarah A.S.

Kelahiran

1901 - Donald Bailey, seorang pencipta Jambatan Bailey.

1940 - Abu Hassan Omar, Menteri Besar Selangor ke-12.

1984 - Putera Harry dari Wales, Putera diRaja England.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (14 September)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon