Thursday, September 14, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (14 September)


Tarikh 14 September merupakan hari ke 257 (hari ke 258 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 108 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Mohammad Fuad Stephens
Mohammad Fuad Stephens.

Mari kita lihat peristiwa-peristiwa penting yang berlaku hari sepanjang sejarah dunia.

Peristiwa

786 – Harun al-Rasyid menjadi khalifah Abbasiyyah selepas kematian abangnya al-Hadi.

1752 – Dengan menerima kalendar Gregory, Empayar British melangkau sebelas hari (2 September diikuti oleh 14 September).

1812 РSerangan Perancis ke Rusia: Napoleon I dan Grande Arm̩enya menawan Moscow, tetapi mendapati bandar tersebut telah ditinggalkan dan dibakar.

1901 – Di Buffalo, New York, Theodore Roosevelt menjadi Presiden Amerika Syarikat termuda pada umur 42 tahun apabila William McKinley meninggal dunia akibat ditembak lapan hari sebelumnya.

1948 – Penerbangan terakhir oleh pesawat Brewster Buffalo dalam perkhidmatan Finland.

1959 – Kapal angkasa lepas Soviet Luna 2 terhempas dan menjadi objek buatan manusia pertama sampai ke Bulan.

1960 – Di satu persidangan di Baghdad, Arab Saudi, Iran, Iraq, Kuwait dan Venezuela mengasaskan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

2008 – Sebastian Vettel memenangi Grand Prix Itali 2008, menjadikannya pemandu termuda dalam sejarah Formula Satu yang memenangi perlumbaan Grand Prix.

2013 – Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bawah 23 tahun menjuarai Pestabola Merdeka pada tahun 2013.

Kelahiran

1920 - Mohammad Fuad Stephens, seorang Ketua Menteri Sabah pertama.

1920 - Mohamed Said Bin Keruak, seorang Ketua Menteri Sabah ke-4.

1960 - Callum Keith Rennie, pelakon Kanada.

1965 - Dmitry Medvedev, Presiden Rusia ke-3.

Kematian

1901 - William McKinley, Presiden Amerika Syarikat ke-25.

1979 - Nur Mohammad Taraki, Perdana Menteri Afghanistan ke-10.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (13 September)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon