Monday, June 26, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (26 Jun)


Tanggal 26 Jun merupakan hari ke 177 (hari ke 178 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dan tinggal 188 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Menara CN Toronto

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Bendera di Romania, Hari Sunthorn Phu di Thailand dan sambutan Hari Kemerdekaan di Madagaskar (1960).

Peristiwa

1409 - Dalam usaha mengakhiri Perpecahan Barat, Mesyuarat Pisa sebaliknya memahkotakan Alexander V sebagai Paus ketiga, selepas lantikan Paus Gregory XII di Rom dan Paus Benedict XIII di Avignon.

1541 - Konkuistador Sepanyol Francisco Pizarro dibunuh di Lima oleh penyokong anak lawannya Diego de Almagro.

1886 - Ahli kimia Perancis Henri Moissan melaporkan yang beliau berjaya mengasingkan unsur fluorin, yang membolehkan beliau memenangi Hadiah Nobel dalam Kimia 20 tahun kemudian.

1940 - Perang Dunia Kedua: Di bawah Pakatan Molotov-Ribbentrop, Kesatuan Soviet memberikan Romania kata dua yang memerlukannya untuk menyerahkan wilayah.

1945 - Piagam PBB dimeterai oleh wakil 50 negara di San Francisco, California, menubuhkan PBB.

1959 - Laluan Laut Saint Lawrence, satu sistem terusan yang menghubungkan Tasik-Tasik Besar dengan Lautan Atlantik, dibuka secara rasmi.

1963 - John F. Kennedy menyampaikan ucapan "Ich bin ein Berliner".

1976 - Menara CN (gambar) di Toronto dibuka kepada awam sebagai struktur tertinggi di dunia ketika itu.

2006 - Perdana Menteri Timor Leste pertama, Mari Alkatiri meletakkan jawatan selepas beberapa minggu pergolakan politik.

2010 - Perwakilan G-20 ekonomi besar bersidang di Toronto, Kanada.

2010 - Gerhana bulan separa terjadi di Amerika Tengah, Asia Tenggara dan Australasia.

Kelahiran

1854 - Robert Borden, Perdana Menteri Kanada ke-8

1987 - Samir Nasri, pemain bola sepak Manchester City F.C.

1993 - Ariana Grande, seorang pelakon dan penyanyi Amerika.

Kematian

1541 - Francisco Pizarro, konkuistador Sepanyol yang menakluk Peru
.
1830 - George IV, Raja United Kingdom.

1947 - Richard B. Bennett, Perdana Menteri Kanada Ke-11.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (25 Jun)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon