Wednesday, May 03, 2017

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia April 2017


Assalaamualaikum, salam sejahtera semua pembaca, pengunjung dan rakan blogger, ketemu sekali lagi kita di dalam helaian senarai blog dan blogger terbaik di Malaysia bagi bulan April.

Blog terbaik April 2017

Senarai blog dan blogger terbaik yang tersenarai dibawah ini adalah pemilik blog mahupun website yang sudi mampir berkomentar di blog ini. Kenapa pengomen diberikan penghargaan?

Mungkin ramai pembaca masih tidak tahu kepentingan untuk komen di blog orang lain. Sebenarnya, selain dapat mempromosikan blog, ia juga dapat meningkatkan rangking Alexa yang membuat penarafan blog-blog paling popular di sesebuah negara dan juga di seluruh dunia.

Berkomentar di blog orang lain juga dapat menambah rakan online selain menyedut pengalaman mengenai banyak maklumat.

Melawat blog orang lain juga akan mendedahkan kita dengan informasi yang sangat banyak dan tidak mampu dibayangkan jumlahnya.

Tiada siapa yang mampu menjadi blogger yang baik dengan hanya melihat blog sendiri.

Kenapa saya kagum dengan blogger?

Untuk menghasilkan blog yang baik bukanlah mudah. Ia memerlukan pengalaman dan ilmu yang dipelajari selama bertahun-tahun.

Menulis, mengedit, copy paste (dengan berhemah) blog bukanlah semudah yang anda lihat. Ia memerlukan usaha yang tidak berbelah bahagi dan memakan masa serta menguji kesabaran yang sangat tinggi.

Menjadi seorang blogger yang baik juga bukannya senang. Perlu jujur, rajin, ikhlas, tak boleh (terlalu) sakit hati, tak boleh macam-macam-macam.

Seorang blogger pantang berputus asa. Seorang blogger yang mencintai blog tidak tidak akan berundur semata-mata kerana satu-dua rintangan. Cuma mungkin jumlah artikel yang diterbitkan sedikit berkurangan.

Seorang blogger menghabiskan banyak waktu untuk menyediakan artikel, apatah lagi jika isi kandungannya mampu memberi nilai tambah kepada kehidupan orang lain, sebagai penenang jiwa, penghibur hati yang duka, mencari lebih kegembiraan atau sedang membuat kertas kajian huhu..

Dan, seorang blogger amat memerlukan sokongan pembaca (baca peminat ~hehe). Sokongan rakan blogger yang lain dan segala sokongan yang anda sendiri, pembaca, perlukan seperti dalam kehidupan sehari-hari.

Semua blogger juga saling melengkapi, saling memeriahkan dunia blog.

Akhirnya, blogger yang selalu datang membuat komen sama seperti rakan anda yang selalu bertanya khabar. Mereka baik hati dan mesra.

***

Khusus buat rakan-rakan blogger, maaflah kerana ketandusan masa untuk blogwalking, tapi semua komen saya baca ye. Datang la selalu, terutamanya pengomen tegar ~KK~ :)

***

Jadi, pembaca semua, kini anda tahu serba sedikit siapa itu blogger kan. Jemputlah membaca blog-blog dibawah tu, banyak maklumat berguna.

Terima kasih kerana sudi membaca dan jumpa lagi.

SENARAI BLOG POPULAR & TERBAIK MALAYSIA APRIL 2017

1. Khir Khalid (KK) - Khirkhalid.com

2. Dedaun Comel - Dedauncomel.com

3. Hanafi Abdullah - Heroborneo.com

4. Mohd Aswad - Ppk.com

5. Seri - Ummiseri.com

6. Vita - Vitavitamin.blogspot.my

7. Lokman Hakim - Penggaliilmudunia.blogspot.com


BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

12 comments

  1. Terima kasih SP kali kedua tersenarai blog popular/terbaik Malaysia...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Datanglah selalu berkomentar, nanti saya masukkan :)

      Delete
  3. Tahniah kepada blog yang tersenaraikan.

    ReplyDelete
  4. usaha yang gigih memang berbaloi..dapat backlink tu pun syukur dah apa lg dapat incom usd lg perghh

    ReplyDelete
  5. rajin betul diorang eh.

    aku je dah tak bape nak rajin.

    ReplyDelete
  6. Tahniah, hebat-hebat semua..
    semoga terus success..

    ReplyDelete
  7. saya blogger baru nak banyak kenalan mestilah lah lawat mereka satu persatu

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon