Thursday, April 13, 2017

10 Bandar Terbaik Di Dunia Untuk Percutian Pilihan Rough Guides


Adakah anda sedang merancang percutian diluar negara tetapi masih keliru dengan destinasi pilihan terbaik? Portal Rough Guides baru-baru ini telah mengeluarkan senarai 10 pilihan bandar terbaik di dunia untuk anda lawati.

Adakah negara kegemaran anda antara pilihan yang popular?

Ini senarai 10 bandar terbaik di serata dunia yang menjadi pilihan portal Rough Guides.

1. Reykjavik, Iceland

Reykjavik, Iceland

Kebanyakan bilangan pelancong dikatakan melancong ke Reykjavik kerana seni bina bangunan yang cukup menakjubkan serta aktiviti malam yang menyeronokkan.

Malah, keajaiban alam semulajadi juga menjadi antara punca tarikan pelancong.

2. Mexico City, Mexico

Mexico City, Mexico

Walaupun ramai sering ragu dengan keselamatan bandar ini, tetapi menurut Rough Guides, Mexico City merupakan sebuah destinasi yang selamat untuk dikunjungi.

Hal ini kerana, ibu kota yang sibuk serta ekonomi yang kukuh boleh menjadikan destinasi ini selamat dan menyeronokkan.

Malah, ia mempunyai persekitaran yang mesra serta budaya yang menarik.

3. Seoul, South Korea

Seoul, South Korea

Menurut Rough Guides, jika anda tidak pernah melawat pusat budaya pop Asia ini, ia adalah masa untuk anda merancang percutian ke Seoul.

Menurut laporan portal tersebut, Seoul merupakan sebuah destinasi yang penuh dengan kemasyuran yang sebahagian besar dunia masih mula diterokai.

Bukan sahaja mempunyai kafe bergaya, bandar ini juga merupakan pusat kepada kewujudan restoran-restoran tersembunyi yang menawarkan kedua-dua masakan tradisional serta masakan fusion.

4. Ljubljana, Slovenia

Ljubljana, Slovenia

Ljubljana dikenali sebagai pemenang bandar Eropah yang mesra alam pada tahun 2016.

Jika anda merupakan yang seorang 'eco-friendly', jadi destinasi ini akan menjadi pilihan yang terbaik.

Hal ini kerana, kebanyakan masyarakat Ljubljana dikatakan menggunakan basikal sebagai pengangkutan mereka serta mengamalkan budaya 'car-free' demi menjaga kesejahteraan alam sekitar.

Pelancong juga dapat mencari makanan murah yang sedap serta penginapan bajet yang berkualiti.

5. Wroclaw, Poland

Wroclaw, Poland

Bandar Wroclaw merupakan salah satu bandar yang paling indah di Poland. Seperti sebahagian besar negara di Eropah, bandar ini mempunyai hubungan kuat dengan Katolik Rom.

Di sebabkan itu, terdapat banyak gereja yang berwarna-warni menghiasi bandar ini.

6. Nashville, USA

Nashville, USA

Menurut Rough guides, Nashville merupakan salah satu daripada bandar-bandar yang paling pesat berkembang di Amerika Syarikat.

Destinasi konservatif ini telah mengalami lonjakan besar di kalangan golongan profesional muda yang telah membawa kehidupan baru kepada bandar ini.

Mereka telah menjadikan bandar ini lebih liberal dan unik.

7. Amsterdam, The Netherlands

Amsterdam, The Netherlands

Amsterdam mengagumkan rata-rata pelancongnya dengan kehadiran muzium-muzium bersejarah, institusi seni, hab budaya ‘avant-garde’ serta keindaham alam semula jadi yang menakjubkan.

Amsterdam sudah tentu merupakan destinasi impian kebanyakan orang kerana ia bagaikan lokasi yang kita sering lihat dalam cerita-cerita dongeng.

8. Hull, England

Hull, England

Pada tahun 2007, Hull menerima gelaran sebagai ‘UK City of Culture’.

Seperti gelaran yang diterima, bandar ini terkenal untuk muzium-muzium yang bersejarah, budaya kesenian, serta senibina bangunan warisan yang cantik.

Malah, menurut seorang penyair Australia, Peter Porter, Hull merupakan bandar yang paling puitis di England.

9. Vancouver, Kanada

Butchart Gardens, Vancouver

Vancouver adalah destinasi pelancongan utama Kanada yang menarik berjuta-juta pengunjung setiap tahun.

Kegiatan popular bagi pelancong adalah menyaksikan kemunculan ikan paus, menikmati Busking (menyembur api dari mulut) di daerah pelabuhan dan melawat taman yang sangat terkenal, Butchart Gardens.

10. Agra, India

Agra, India

Agra juga merupakan satu destinasi yang dipenuhi dengan dengan budaya masyarakat negara tersebut.

Dengan monumen mewah dan makam unik yang membarisi tebing sungai Yamuna, destinasi ini sering menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia.

Terletak di Uttar Pradesh di utara India, Agra juga merupakan rumah kepada makam ikonik India, Taj Mahal.

Malah, festival seni Taj Mahotsav yang diadakan pada bulan Februari serta taman-taman Mughal sekitar bandar juga menjadi antara pilihan pelancong untuk melancong Agra.

BACA INI JUGA: Top 10 Masjid Yang Paling Indah di Dunia

sumber: aa

2 comments

  1. Rumah2 yang berwarna-warni di Reykjavik, Iceland tu nampak amat menarik. Harap satu hari dapat peluang mengunjungi ke sana.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon