Friday, January 20, 2017

Jadi Jutawan Selepas 'Angpau' RM780 Juta Masuk Akaun!


Inilah 'durian runtuh' paling mengejutkan yang diterima oleh seorang lelaki dikenali sebagai Liu sebaik sahaja memohon kad kredit baharu di sebuah bank pertanian di Changsha, Hunan, China, pada jam 3 petang, Ahad (15/1/2017).

Liu

Liu tidak pernah bermimpi untuk menjadi jutawan, tetapi bagaimana kalau wang sebanyak RM780 juta secara tiba-tiba masuk ke dalam akaun simpanannya?

Adakah Liu perlu menyerahkannya semula kepada bank ataupun terus membelanjakannya sehingga habis dan berpura-pura tidak tahu bagaimana dan dari siapa duit itu diterima?

Ketika dalam perjalanan pulang dari bank tersebut, Liu menerima sistem pesanan ringkas (SMS) dari pihak bank menyatakan wang sebanyak 1,212,405,360 Yuan (RM780 juta) telah secara tidak sengaja dimasukkan ke dalam akaun simpanannya.

Kira-kira 6 petang, Liu kembali semula ke kaunter bank dan kemunculannya memang melegakan pegawai bank kerana ia berpunca daripada kesilapan kakitangan bank sendiri.

Rupa-rupanya, 1212405360 adalah nombor akaun bank Liu tetapi atas kecuaian kakitangan bank, nombor itu telah dikreditkan ke dalam akaun simpanannya sehingga menjadi 1,212,405,360 Yuan.

Liu mengakui walaupun hanya tiga jam, tetapi tempoh tersebut sukar dilupakan kerana inilah kali pertama dia menjadi 'jutawan' sepanjang hayatnya.

Atas kerjasama yang diberikan, Liu diberikan 'ang pau' sebanyak 200 Yuan (RM130) sebagai sagu hati oleh pihak bank.

Difahamkan, kakitangan bank yang menguruskan transaksi tersebut adalah kakitangan baharu yang masih belum mahir mengendalikan kerja yang diberikan kepadanya.

BACA INI JUGA: Kisah Benar Menjadi Jutawan Kerana Amalan Sedekah

Sumber: SH

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon