Nov 2, 2016

Kelibat Riza Aziz Di China Gemparkan Malaysia!?

Lawatan Najib Razak ke China sebagaimana yang dilaporkan media minggu ini telah menghasilkan 14 memorandum persefahaman bernilai RM144 bilion.

Riza Aziz

Yang patut dibanggakan adalah, nilai tersebut merupakan jumlah terbesar dalam sejarah hubungan ekonomi Malaysia dengan mana-mana negara asing.

Satu lagi The Malaysia Book of Records beb!

Ia bukan saja merangkumi pembangunan insfrastruktur seperti untuk Bandar Malaysia, landasan keretapi pantai timur, pelabuhan, kilang keluli, malah termasuk juga pemberian lesen bank kepada sebuah syarikat China.

Jika diambil kira dengan penjualan Edra Energy, 60 peratus saham Bandar Malaysia, juga kepada konsortium China serta pembinaan sebuah universiti China di Cyberjaya sebelum ini, beralihnya arah kiblat ekonomi Malaysia ke negara tersebut sebenarnya menjadi tambah ketara lagi.

Negara kita kini, terutama sejak bergelut dengan isu 1MDB, seolah-olah sudah menukar dasarnya secara drastik menjadi dasar pandang ke China.

Penyerahan secara besar-besaran kontrak ekonomi dan pertahanan, termasuk memberi lesen bank kepada sebuah negara asing, bukanlah amalan biasa sebelum ini.

Ketika Tun Mahathir memperkenalkan dasar pandang ke timur pun, ia tidaklah sampai sebegini rupa.

Dalam dasar pandang ke timur, yang ditekankan ialah pemindahan teknologi dan sikap rakyat Jepun serta Korea dalam bekerja dan membangunkan negara.

Bagaimanapun, berbeza dengan China, negara tersebut bukan saja menjadi kuasa ekonomi, tetapi juga akan hadir dengan segala-galanya, termasuk pemindahan manusia ke negara kita.

Kenapa negara China terlalu diutamakan? Tiadakah syarikat-syarikat dalam negara sendiri yang mampu melaksanakan projek-projek tersebut?

Tahun-tahun awal Najib menjadi Perdana Menteri, kiblat dan idolanya adalah Amerika. Beliau dikesan sebagai pemimpin Malaysia paling kerap berkunjung dan melawat negara tersebut.

Lesen+Kewangan

Untuk tujuan berbaik-baik itu, Najib turut melantik rakan baiknya, Allahyarham Jamaluddin Jarjis sebagai Duta Besar ke Amerika.

Tetapi sejak Jabatan Kehakiman AS memfailkan saman terhadap Jho Low dan anak tirinya, Riza Aziz berkaitan harta-harta yang didakwa dibeli menggunakan wang 1MDB yang dilencongkan, kiblat dan idola ke arah Amerika itu seolah-olah mula pudar.

Malah dengan Najib turut membawa anak tirinya yang sedang disaman oleh Jabatan Kehakiman AS menaiki pesawat rasminya ke China, ia bagaikan isyarat halus Najib kepada Amerika bahawa beliau kini sudah ada "tuan baru" di sisinya.

Kesediaan syarikat China membeli Edra Energy, sayap milik 1MDB dan mengetuai konsortium membeli 60 peratus Bandar Malaysia, adalah permulaan kepada pergantungan kepada negara tersebut.

Ia kemudian diikuti dengan pembinaan rel laju ke Singapura serta ke Pantai Timur, juga diserahkan kepada syarikat China.

Melalui penyerahan blok ekonomi besar-besaran kepada China, kita semua, termasuk Melayu, Cina, India dan Bumiputra seharusnya mula bimbang dengan kesan ekonomi, sosial dan budaya yang mungkin tiba-tiba mengancam negara.

Jika sekarang ini pun kemasukan warga China secara haram atau tiba-tiba hilang tidak dapat dikesan setelah masuk ke negara kita sudah dianggap begitu besar, bayangkan apa akan berlaku setelah mereka diberikan kuasa ekonomi yang lebih meluas?

Dalam kes pembinaan rel keretapi ke Pantai Timur misalnya, tidak mustahil semua bandar-bandar kecil yang terlibat dengan projek tersebut selepas ini akan dipenuhi dengan pekerja warga China, yang kemudian tentunya akan tumbuh pula restoran, pusat hiburan, pusat urut kaki dan bermacam-macam lagi perniagaan yang didatangkan dari Tembok Besar sana.

Banyak bandar akan bertukar menjadi bandar satelit China, perniagaan baru dari China akan turut muncul satu demi satu dan ini sekaligus akan membunuh perniagaan orang-orang Cina sendiri.

Akhirnya, bukan saja ancaman ekonomi, masalah sosial dan budaya akan melanda masyarakat.

Ia malah akan turut memberi ancaman lebih besar kepada keharmonian keluarga kaum Cina negara kita kerana merekalah yang paling terdedah kepada masalah sosial tersebut.

Dari segi ekonomi pula, oleh kerana syarikat-syarikat China itu datang dengan wang, ia juga akan meningkatkan pemilikan asing yang lebih ketara dalam hartanah dan perumahan pada tahun-tahun akan datang.

Tidak mustahil akhirnya nanti kerajaan sendiri terpaksa memberi kelonggaran dari segi kouta dan pemilikan harta kepada mereka.

Bukan kita menolak pelaburan asing, tetapi sikap berlebih-lebihan Najib dalam konteks ekonomi China ini, terutamanya setelah terhutang budi kerana membantu menyelesaikan kemelut 1MDB.

Ia seharusnya menimbulkan kebimbangan kepada semua, apatah lagi sikap beliau yang ketara memusuhi DAP yang disokong oleh kira-kira 80 peratus orang Cina dalam Malaysia sendiri.

Akhirnya, dengan apa yang dimulakan Najib ini, di mana kedaulatan negara kita dalam 10 atau 20 tahun akan datang? -Shahbudin

Najib Razak Padam Gambar Bersama Riza Aziz!?

Riza Aziz

Nampak tak kelibat anak tiri kesayangan Najib Razak. Nama dia Riza Aziz.

Dia sekarang terlibat dalam satu siasatan yang melibatkan penyelewengan wang #1MDB.

DOJ ada buat satu siasatan rasmi tentangnya. Wang-wang yang digunakan untuk membiayai filem separa lucah 'The Wolf Of Wallstreet' dipercayai datang dari sumber 1MDB.

Oleh kerana itulah Riza Aziz terlibat dalam siasatan tersebut. Ini berlaku kerana peraturan di Amerika Syarikat, yang mana dana yang dipercayai dari sumber meragukan akan disiasat agar tidak bercanggahan dengan peraturan kewangan negara mereka.

Pendek kata, peraturan kewangan di Amerika tidak akan mahu toleransi dengan dana, pelaburan, kewangan yang puncanya dari aktiviti haram, mencurigakan, penyelewengan, hasil curi.

Riza Aziz

Netizens tidak hanya menyangkal kelibat Riza Aziz semata-mata. Malahan lebih dari itu. Mereka tertanya-tanya. Apa peranan Riza Aziz disitu?

Ianya agak menakutkan juga.

Apakah aset yang akan digadaikan lagi demi menyelamatkan seseorang, atau sesetengah pihak.

Selepas menerima kecaman bertubi-tubi, Najib Razak akhirnya terpaksa akur.

Dia kemudiannya dikesan telah memadamkan tweet yang mengandungi kelibat Riza Aziz dalam laman Twitternya.

Najib Padam Tweet

Alamak Najib. Padam pun tak guna. Orang dah nampak, baca dan sebar. Bahkan kat tv1 pun ada.

Terang-terang lagi tv1 siar. Jangan nak tuduh wartawan sabotaj pula. Kang tak pasal-pasal ada yang digantung tugas pula.

Pokoknya Najib sekarang terasa dengan kritikan netizens dalam isu Riza Aziz.

Rasanya dia mula memahami kebenaran disebalik persoalan rakyat dalam isu ini.

Atas sebab itu sebagai langkah 'control damage', baik padamkan dulu bukti-bukti yang mencemar kredibliti.

Tambahan pula, meskipun Riza Aziz bukanlah penjenayah namun apabila dia dinamakan antara prime suspect dalam siasatan skandal yang membabitkan dana mencurigakan, Najib pula sebagai perdana menteri yang dipercayai berkaitan dengan penyelewengan tersebut, boleh dilihat berdua berjalan bergembira bukankah ini menjengkelkan publik? Khususnya masyarakat Malaysia la kan.

Aksi ini mewujudkan satu persepsi yang tidak enak. Malas nak sebut. Rasanya Najib lebih tahu. -Amenoworld

BACA INI JUGA: 'Riza Aziz Tuai Apa Disemainya Kerana Jual Diri Kepada Syaitan'

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

politik anak beranak..yg jadi mangsa rakyat marhaien..huhu

Panjang pun ku habiskan baca artikel ni jugak. Hai jahanamla negaraku.. Abis semua nak digadainya.. Yg kata riza aziz tak jumpa tu, boleh pulak pegi naik flight sekali.. Jahanam jahanam, apala nasib anak cucu kita nanti.......

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon