Friday, October 28, 2016

Misil Nuklear 'Satan 2' Terbaharu Rusia Mampu Musnahkan Kawasan Seluas Perancis!


Rusia mendedahkan beberapa keping gambar yang menunjukkan misil nuklear terbesarnya dan dikatakan mampu memusnahkan kawasan sebesar sebuah negara Perancis.

Satan 2

Menurut Mail Online, misil berkenaan yang diberi nama RS-28 itu dan digelar Satan 2 oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), mempunyai kelajuan maksimum sehingga tujuh kilometer per saat dan direka untuk mengatasi sistem perisai anti-misil.

Misil Sarmat terbaharu itu boleh melancarkan kepala pele­dak sehingga 40 megaton iaitu 2,000 kali lebih berkuasa berbanding bom atom yang menghancurkan Hiroshima dan Nagasaki pada 1945.

Satan 2

Dalam pada itu, menurut rangkaian berita Rusia, Zvezda, yang dimiliki oleh Kementerian Perta­hanan Rusia, misil itu mempunyai keupayaan jarak sehingga 10,000 kilometer, yang dikatakan mampu menyerang London dan beberapa bandar Eropah lain serta Amerika Syarikat (AS).

Kementerian Pertahanan da­lam pada itu merancang untuk melaksanakan penggunaan Sarmat pada lewat 2018 dan menggantikan mi­sil ter­da­hulu, SS-18 pada 2020.

Satan 2

Misil terbaharu itu dikatakan sedang menjalani ujian berdekatan Miass di Rusia.

“Misil SS-18 sudah berusia le­bih 30 tahun, jadi walaupun anda mempunyai hubungan yang baik dengan NATO, kamu mesti mahu mengemaskinikan peluru berpandu anda.

Satan 2

“Tetapi Presiden Rusia, Vladi­mir Putin tentu gembira ke­ra­na langkah itu digambarkan sebagai satu langkah agresif.

"Beliau mahu menunjukkan kepentingannya,” kata seorang pakar nuklear di Institut Perkhidmatan Bersatu Diraja London, Igor Sutyagin. -Utusan

Bom Hidrogen Melakar Sejarah Ketakutan Baru Dunia!

Hydrogen-Bomb

Sementara itu, 6 Januari 2016 telah melakar satu lagi sejarah ketakutan baru dunia apabila negara kuasa nuklear, Korea Utara, melancarkan ujian pertama bom Hidrogen miliknya.

Menurut beberapa akhbar utama dunia, ujian bom berkenaan dilakukan sekitar pukul 10 pagi waktu tempatan.

Letupan mega dahsyat ini membuktikan bahawa Korea Utara mempunyai senjata pemusnah paling dahsyat di bumi.

Bom hidrogen ini mempunyai kekuatan 25 ribu kali bom atom yang dijatuhkan di Hiroshima dan Nagasaki, Jepun.

Berdasarkan rekod, kali terakhir bom raksasa berkekuatan 50 megatan diletupkan oleh Rusia pada tahun 1961.

Bom tersebut dinamakan sebagai Bom Tsar.

Sebagai tambahan fakta, bom TNT biasa akan melibatkan reaksi atomic dan sebab itulah ia dipanggil bom atom.

Sebaliknya, apa yang dipanggil A-bom pula melibatkan reaksi nuklear dan sebab itulah ia dipanggil bom nuklear.

BACA INI JUGA: 10 Jet Pejuang Paling Canggih Dan Terbaik Di Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon