Thursday, July 14, 2016

Gaya Fesyen Rambut ‘Pompadour’ Paling Digilai Masa Kini


Pompadour, fesyen rambut wanita yang namanya diambil sempena nama Madame de Pompadour, gundik Raja Louis XV, kini lebih tipis di bahagian tepi dan bersambung dengan jambang dan janggut, manakala rambut di bahagian tengah dibiarkan lebat dan beralun.

Pompadour Style

Rambut ‘Pompadour’ juga merupakan gaya rambut Raja Rock & Roll 1950-an dan 1960-an, Elvis Presley adalah antara fesyen rambut yang digilai remaja lelaki masa kini.

Pakar dandanan rambut di Salon Hair Groom, Chille Wong berkata golongan lelaki kini amat sensitif dengan fesyen rambut dan sering memastikan rambut mereka sentiasa kelihatan bergaya mengikut trend semasa.

Selain ‘Pompadour’, satu lagi gaya rambut yang semakin digilai golongan remaja lelaki di negara ini ialah ‘Undercut’ kerana ia membuatkan lelaki kelihatan lebih segak dan kemas.

Undercut Style
Undercut - Michael (James Darmody).

“Undercut merupakan gaya rambut yang menampilkan potongan rambut pendek dan nipis di tepi kepala dan rambut panjang di atas.

"Ia adalah gaya potongan rambut klasik belah tepi dengan mempunyai garisan,” katanya kepada.

Chille menjelaskan, gaya rambut watak James Darmody yang dipegang Michael dalam siri Broadwalk Empire itu sesuai bagi lelaki yang mempunyai rambut lurus dan bergelombang dan ia juga bersesuaian untuk pelbagai acara atau majlis.

“Fesyen rambut ‘Undercut’ juga digemari ahli sukan terutama pemain bola sepak kerana kemas dan bergaya,” katanya.

Menurutnya semua gaya rambut bergantung kepada jenis rambut yang dimiliki sama ada lembut, nipis atau tebal.

Uppercut Style
Uppercut Style.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengusaha Jurugaya Rambut India Malaysia, A.K Selvan Krishnan berkata ketika ini terdapat trend remaja lelaki lebih gemar menghabiskan masa dan duit untuk rambut yang bergaya.

Beliau berkata pelbagai gaya rambut termasuk ‘Uppercut’, ‘Undercut’ dan ‘Mohawk’ dipengaruhi bintang bola sepak serta penyanyi antarabangsa seperti Cristiano Ronaldo dan Justin Bieber.

Beliau berkata fesyen rambut yang diperagakan merupakan trend semasa yang tidak mempunyai jangka masa yang tetap.

“Fesyen rambut dapat dilihat menjadi-jadi dalam kalangan remaja lelaki khususnya dalam lingkukan usia 18 hingga 25 tahun dan fesyen rambut juga bergantung pada kerjaya seseorang,” jelasnya.

Mohawk Style
Mohawk Style.

Selvan berkata fesyen rambut juga mendatangkan masalah apabila pelajar sekolah rendah dan menengah terikut-ikut dengan fesyen rambut yang popular, sedangkan ia bertentangan dengan peraturan sekolah.

“Selalunya pelajar sekolah yang memotong rambut mengikut fesyen seperti ini akan datang balik pada keesokan harinya untuk gunting semula selepas ditegur oleh guru,” katanya.

Banyak lagi fesyen rambut yang turut menarik perhatian remaja lelaki seperti Fade, Man Bun, Top Knot, Swoop dan Bed-head, dan mereka hanya perlu ‘tepuk dada tanya selera’ untuk kelihatan trendy, jelas Selvan.

BACA INI JUGA: Misai Hipster Yang Unik Tapi Melucukan

Sumber: SH

2 comments

  1. banyak boleh nampak sekarang stail rambut macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam-macam fesyen rambut kan, semakin canggih..;)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon