Tuesday, May 13, 2014

Misai Hipster Yang Unik Tapi Melucukan


Misai 'Hipster' adalah misai yang disimpan secara ironik, ia juga disimpan untuk sebab-musabab yang dianggap kurang konvensional dan agak melucukan.

Misai-Hipster

Sesetengah daripada jenis misai ini digayakan berdasarkan individu-individu dari zaman fesyen yang terdahulu yang gemarkan misai yang lebat terutamanya dari era 70an.

Bersesuaian dengan gaya hipster yang sedikit berlainan dengan sebarang stail budaya seperti muzik, filem, pakaian dan seni, mereka juga mempunyai minda yang terbuka dan mampu menerima kreativiti seseorang termasuklah gaya misai hipster ini.

Walaupun ramai yang berpendapat misai ini merupakan salah satu cara atau gaya daripada ahli-ahli 'Counter-culture' untuk mempersembahkan unsur satira atau sinis kepada gaya moden atau idea fesyen konvensional, namun ramai juga yang menyukainya kerana daya tarikannya yang tersendiri.

Adapun misai ini pada asalnya 'dipakai' secara ironi, namun ia diterima juga, malah disimpan untuk nilai estetika secara keseluruhannya.

Kalau diikutkan dari panggilannya, 'Misai Hipster' bukanlah satu istilah yang khusus. Terdapat pelbagai jenis misai yang boleh digayakan dan jika dipadankan dengan cara berpakaian yang sesuai, anda mungkin akan dikaitkan dengan budaya hipster ini.

Hipster mustache
Gambar misai Hipster.

Gambar di atas ialah beberapa jenis misai Hipster untuk anda pertimbangkan. Dari misai yang lebih nipis kepada misai yang lebat dan tirus serta melengkung membentuk bulatan di hujung tepinya.

Banyak juga teori mengapa gaya ini digunapakai dan diadaptasikan kembali sebagai trend kontemporari ketika ini.

Hipster Facial Hair

Ada yang mengatakan Hipster yang sukakan 'Facial Hair' ataupun bulu pada muka terdiri dari dua golongan iaitu golongan bangsawan elit dan juga golongan buruh kasar seperti buruh binaan dan pembalak di Barat.

Jika berasaskan golongan bangsawan (Gentlemen), mereka lebih cenderung menggayakan misai mereka bersama pakaian sut atau vest, kanta mata, seluar fit dan topi bertemakan era 'Victorian'.

Hipster Victorian Style

Jika anda sukakan gaya yang lebih 'messy' atau stail yang tidak terlalu menonjol, anda mungkin berminat dengan penampilan 'Counter-culture' yang lebih terarah kepada pencetus gaya mereka yang kedua iaitu dari golongan kedua (pembalak dan buruh binaan dari zaman retro). Golongan ini biasanya menyimpan misai bersama jambang.

Ke satu tahap, apa-apa jenis misai yang digayakan oleh hipster bolah dianggap sebagai 'misai hipster' malah ada juga yang dijaga dengan kerapian dan stail yang sangat teliti dan menonjol sehingga terkeluar dari mana-mana rangkuman standard.

Ia selalunya dilakukan oleh individu yang terlibat dalam industri fesyen, selebriti ataupun modeling. Oleh sebab itu ia tidak semestinya terhad kepada golongan hispter sahaja.

Wanita juga tidak ketinggalan untuk turut serta dalam fenomena ini di mana terdapat segelintir dari mereka yang bergambar dengan misai palsu.

Menurut salah sumber, trend ini bermula dengan satu video klip lama yang popular dari sebuah kumpulan rock yang digemari ahli-ahli hipsters.

Wanita dengan misai palsu kerap kali muncul di muka depan majalah fesyen dan di lama-laman sosial. Di parti-parti atau majlis sosial juga, misai yang berbentuk khusus dan simbolik kepada gaya hipster juga diedarkan secara percuma kepada pengunjung.

Hipster-girl-moustache [2]

Walaupun gaya ini seringkali dipandang secara negatif oleh pihak-pihak yang tidak sukakan golongan ini, misai adalah suatu yang 'natural' dan merangkumi semua lelaki dewasa.

Ia hanya bergantung kepada kehendak atau pilihan seseorang, sama ada mahu menggayakannya ataupun tidak.

Maka tidak relevan juga jika dikatakan misai hanyalah untuk hipster dan sebenarnya boleh digayakan oleh semua orang untuk menggambarkan rupa atau stail tanpa menjadi 'biased'.

BACA INI JUGA: Hikmah Dan Kebaikan Menyimpan Janggut

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon