Tuesday, June 14, 2016

Ucapan Paderi Ketika Pengebumian Muhammad Ali Yang Mendapat Tepukan Gemuruh!


Seorang paderi Yahudi menerima tepukan gemuruh daripada tetamu yang hadir dalam majlis pengebumian legenda tinju dunia, Muhammad Ali Jumaat lalu ketika berucap mengenai Islam.

Pengebumian Muhammad Ali.jpg

Michael Lerner, 73, seorang aktivis politik Amerika Syarikat (AS) memuji tindakan Ali semasa ha­yatnya yang berani untuk ‘me­nyayangi orang kulit hitam ketika mereka berdepan masalah untuk menyayangi diri sendiri.’

Pada masa yang sama, Lerner yang juga pengarang progresif untuk majalah Tikkun menyeru supaya kebencian terhadap Islam atau ‘Islamophobia’ dihentikan segera.

“Kami tidak akan bertoleransi dengan mana-mana ahli politik atau sesiapa sahaja yang cuba menjatuhkan Islam dan me­nyalahkan orang Islam terhadap apa yang terjadi ketika ini,” kata­nya seperti yang dilaporkan oleh portal Independent.co.uk.

Pengebumian Muhammad Ali - LERNER.JPG

Dalam pada itu, Lerner juga menunjukkan rasa prihatinnya terhadap Palestin apabila menyeru kerajaan AS supaya bangkit menentang penindasan yang dilakukan oleh Israel terhadap negara itu.

Ribuan sahabat, ahli keluarga, selebriti serta tokoh politik hadir dalam majlis pengebumian Ali yang diadakan di Louisville, Kentucky itu.

Ali meninggal dunia ketika berusia 74 tahun akibat komplikasi ekoran penyakit Parkinson yang dihidapinya sejak bersara daripada dunia tinju.-AP

BACA INI JUGA: Muhammad Ali Satu-Satunya ‘Bintang’ Yang Tidak Dipijak!

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon