Jun 6, 2016

Left Right Confusion, Penyakit Keliru Kiri Atau Kanan!

"Ke kiri," arah Haziq kepada Sarah. "Kau nak pergi mana? Ini kanan!" sergah ayahnya mula meninggikan suara.

Left Right Confusion.png

Saat-saat begitu semua benda jadi tak keruan apa lagi apabila jantung berdegup kencang takut dimarahi. Terpaksalah si ayah mengambil alih pemanduan agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Pernahkah anda mengalami masalah seperti diatas? Sebenarnya boleh dikatakan, hampir 20 peratus penduduk dunia mengalami masalah ini.

Ia bukan sejenis penyakit berbahaya tetapi ia hanyalah sejenis gangguan yang dikenali sebagai Left Right Confusion.

Gangguan ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak kiralah profesor, doktor, guru, perdana menteri, pengurus syarikat atau sesiapa saja.

Walaupun gangguan kiri kanan ini kelihatan agak biasa, namun kesannya amat memalukan malah boleh membawa kepada pergaduhan.

Kesan lebih teruk mungkin boleh terjadi di dewan bedah. Jika seorang doktor atau jururawat tersalah mengesan bahagian yang perlu dibedah, perkara buruk boleh terjadi.

Dalam bidang perubatan, perkara ini dikenali sebagai Wrong-side Surgery.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Pensyarah Kanan, Fakulti Perubatan Queen's University Belfast, Dr. Gerard Gormley, mendapati kecuaian ini boleh terjadi dalam 1 dari 112,994 pembedahan yang berlangsung disana.

Wrong-side Surgery [2].jpg

Dalam kajian itu, Dr. Gerard turut melakukan eksperimen terhadap 290 orang pelajar perubatan tahun satu untuk menguji tahap kemampuan mereka membezakan kiri dan kanan.

Uji kaji itu telah dilakukan didalam sebuah wad yang sibuk untuk mencelarukan pemikiran mereka.

Selain soalan berkaitan kiri dan kanan, pengkaji juga turut mencelah dengan beberapa soalan lain berkaitan perubatan.

Pada akhir ujian mendapati, pelajar wanita lebih sukar mengenal pasti kiri dan kanan berbanding pelajar lelaki.

Hasil kajian juga menunjukkan tiada perbezaan antara individu tangan kidal dan normal. Kedua-duanya cenderung untuk mempunyai kekeliruan yang sama.

Persoalannya, mengapa boleh terjadi left right confusion?

Menurut kajian, ianya terjadi disebabkan oleh pembahagian fungsi otak manusia yang tidak seimbang.

Seperti yang kita tahu, otak manusia mempunyai dua bahagian. Satu disebelah kanan dan satu lagi disebelah kiri.

Pembahagian hemisfera otak dikenali sebagai lateralized atau dalam bahasa mudahnya terbahagi secara sekata. Contohnya, 50 peratus otak kanan dan 50 peratus otak kiri.

Setiap bahagian otak mempunyai fungsi tertentu seperti otak kanan berfungsi untuk mengawal tangan kiri, muzik, pemikiran holistik, penglihatan, kreativiti, seni dan sebagainya.

Wrong-side Surgery.JPG

Manakala otak kiri pula mengawal tangan kanan, pemikiran logik, bahasa, sains dan matematik, penulisan, nombor dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, individu yang menghidap penyakit kiri kanan ini mengalami pembahagian hemisfera otak yang tidak sekata atau bias pada bahagian tertentu berbanding individu normal.

Misalnya, mungkin hemisfera otak mereka terbahagi kepada 40 peratus kiri dan 60 peratus kanan atau lebih.

Lalu, otak tidak dapat mengenal pasti dengan tepat kiri dan kanan menyebabkan seseorang itu mengalami kekeliruan.

BACA INI JUGA: Misteri Deria Keenam, Sixth Sense!

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Berat juga penyakit mcm ni.... klu driving lagi bahaya... konfius huh...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon