Mengeluarkan Zakat Fitrah hukumnya adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya pada waktunya.
Orang Islam adalah meliputi golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak.
Dan berikut ialah kadar bayaran zakat fitrah bagi setiap individu seluruh negeri di Malaysia untuk tahun 2016 bersamaan 1437 Hijrah sepertimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.
Fadhilat Mengeluarkan Zakat Fitrah
1. Menampung kekurangan semasa berpuasa
Maksudnya: Berkata Waki’ bin al Jarah : Zakat Fitrah di dalam bulan Ramadhan seperti sujud sahwi di dalam solat, menampung kekurangan berpuasa sebagaimana sujud sahwi menampung kekurangan dalam sembahyang.
2. Membantu fakir dan miskin pada Hari Raya
Maksudnya: Daripada Ibn Umar, bersabda Rasulullah s.a.w : Kayakanlah mereka (fakir miskin) daripada meminta-minta pada hari ini (Hari Raya).
Jenis-jenis Zakat Fitrah
KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH TAHUN 2016 SELURUH NEGERI DI MALAYSIA
Senarai kadar bayaran zakat fitrah yang disertakan ini adalah berdasarkan sumber rasmi dari Majlis Agama Islam di setiap negeri.
BACA INI JUGA: 10 Keistimewaan Orang Yang Berpuasa

- Jenis zakat yang dikeluarkan ialah berdasarkan makanan asasi sesebuah negeri seperti beras.
- Kadar yang dikeluarkan ialah satu gantang Baghdad bersamaan timbangan metrik 2.60 kilogram (2600 gram).
- Nilai bagi kadar ini adalah berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada harga beras yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di sesebuah negeri.